05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Friday, December 12, 2008

APA CITER

Hari ni aku due. Tapi tak keluar pun. Takut jugak aku. Misi suruh tunggu lagi 6 hari. Kalau takde masuk labour room. Harapnya aku tak bertapa selama tu. Chatting dengan Intan, dikhabarnya malam karang aku beranak. Kalau betul apa Intan cakap, wah...dia memang terror. Sebenonya aku dah tak larat ni. Bukan apa. Ada sakit. Tapi sikit2. Yelah baby tengah kat bawah. Berat la jadiknya. Dengan baby bergerak sana sini. Macam tengah swimming tu. Maunya tak mengelisat aku dibuatnya. Eh, banyak2 benda. Air selusur tak ambik. Tapi aku ada akar Siti Fatimah. Tapi, masak la aku dibuatnya nak minum air akar tu. Dulu pernah minum. Mana ada ubat rasanya sedap.
Aduh, sakitnya perut aku ni. Berdebar2 rasanya. Korang doakan la aku semoga selamat yek?

Friday, December 5, 2008

5 DISEMBER 2008

Hari ni hari Jumaat bersamaan dengan 5 Disember 2008. Kalau ikutkan aggarannya aku akan bersalin minggu depan 12 Disember 2008. Tapi, pada 3 Disember tu hari aku pergi buat check-up kat doktor swasta, untuk pemeriksaan susulan. Doktor cakap baby dah turun. 1/5 daripada actual engagement. Kalau sampai tahap 3/5 aku akan beranak. Jadi, doktor sarankan aku supaya standby minggu ni. Bila-bila masa aku akan bersalin. Dan hari ni, aku dah rasa sakit sikit2. Tapi, aku still kat tempat keje, untuk tulis blog ni. Apa yang aku rasa? Sakit macam senggugut + sakit pinggang. Cuma aku tak rush nak pegi hospital, sebab takut awal lagi. Tengoklah malam karang atau besok. Sama ada aku mengalami sakit lagi.
Aku nervous, walaupun ini pengalaman aku yang kedua. Orang kata baby aku lelaki, tengokkan pada perut aku yang tajam ke depan. Aku tak kisah. Laki atau pompuan sama aje. Yang penting anak aku dan aku selamat. Mudah-mudahan. Apa yang buatkan aku lebih nervous dari dulu. Sebabnya dulu aku tak tau apa2 pasal bersalin. Ni kali aku pernah tahu bersalin macam mana, jadik aku tak nak yang bukan2 terjadi. Aku berdoa pada Tuhan semoga takde masalah.
Sekarang aku dalam dilema. Aku sorang2 kat ofis ni. Sama ada aku biarkan aje sakit aku ni tunggu sampai habis kerja, atau aku terus pegi klinik untuk check.