05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Saturday, August 2, 2008

PROJEK XXX

Semalam aku & laki aku telah membuat satu projek. Dalam pada tengah borak-borak kosong, terbukak la topik 'Beli Tilam Baru'. Sejak banjir tahun sudah, aku anak beranak cuma tidur kat atas katil yang bila2 masa je boleh roboh, beralaskan tilam sedekah dari bos mak aku. Ala..tu pun tilam budak asrama laki bos mak aku tu la. Kalau tiap kali aku nak tukar cadar, tengokkan tilam yang orang kata pijat2 pun tak mau duduk, sedih plak. Aku laki bini tak kisah la nak tidur atas tu. Tapi Zati...kesian dia. Jadik semalam, tengah duk kat ofis aku survey2 la telepon kedai perabot yang ada kat Kota Tinggi tu. Sekali, jackpot. Ada satu kedai ni...buat ansuran mudah. Kasik I/C je. Pastu, nak kena letak deposit sikit dari harga barang tu.
*
So, balik keje...singgah jap. Apek ngan nyonya kedai, kalau nampak customer, yang pada firasatnya ada chance nak beli barang dia...tersengih2. So, pilih punya pilih...kitaorang amik tilam satu. Tak amik spring la. Amik latex je. Okla tu, under Dunlopillo. Berpatutan la tu. Kena letak deposit 150. Bulan2 bayar 50 je. Adala dalam 9 bulan ikat. Syok gak. Yelah...nak angkat cash tengah takde budget. So, buatla macam makcik2 kat kampung tu. Hutang le...So, aku plan ngan laki aku, kalau ada duit lebih tiap2 bulan, bayarla lebih. Boleh habis cepat. Pastu nak angkat barang lain plak. Hahahahah. So, malam ni, dengan rasminya kitaorang akan tido kat tilam baru. Tapi, nak dimaklumkan bahawa katil telah dirobohkan semalam. Dah reput kena banjir. So, robohkan je. Lagipun, tu hari Zati dah jatuh katil masa tengah syok2 tido malam. So, amatlah membahayakan.

5 comments:

zahidah seran said...

waahhhhh..tidur lebih lena dengan tilam baru..rumah aku ni pun xdak katil wehhhh..lagi haru, dua tilam bujang digabungkan menjadik satu...hahaha...selalu rafiq tidur terselit celah tilam tu...haha...

A.L.O.N.G said...

tapi lagi best tido kat tilam je.
ini aku tgh membayangkan mana nak letak incoming baby ni

intanz said...

hehehe.. aku pun da lama tak tido katil.. takut danish gedegum.. katil kecik aku simpan.. katil beso tu aku letak tilam kecik campo toto.. hahahaha.. so kalu mak bapak azam dtg.. depa tido atas katil yg tak bes tu lah.. padan muka! hahahah (gelak setan)

A.L.O.N.G said...

akhirnya ci intan bersuara setelah sekian lama menyepikan diri
kalau 'diaorg' tido atas katil tu..alamat satu hari roboh gak
hahahah

A.L.O.N.G said...

sorry, tertinggal
'cik intan'