05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Thursday, July 17, 2008

LAPAR

Aku ni dah petang, terasa lapar. Sebab pukul 11 pagi aku dah makan tengahari. Tetiba timbul plak keinginan nak makan macam-macam. Siang tadi dapat duit rebate motor (laki aku punya la). Alah, 150.00 je. Aku pakai nak renew lesen kete aku yang dah nak dekat setahun mati. Kalau aku tak renew, satu keje plak. Sebab dari lesen P ke lesen penuh. Nasib baik telepon JPJ check takde sangkut apa2 saman. Saman ada…traffic la. Aku rasa dah 3 saman aku kena. Tapi semua saman tembak. So, tak risau kena blacklist la. Esok aku gi buat lesen tu.

*
Sambung cerita pasal makan tadi…aku dah berangan macam2. Pizza hut la…Domino’s Pizza la…Tapi kalau nak murah kena order untuk delivery punya. Ada la dalam 30 ke 40 inggit kut untuk makan 6 beranak kat rumah tu. Tetiba baru terlintas kat fikiran aku. Nak puas makan…baik aku order Nasi Ayam Baser. Sebab pada aku…itu yang murah dan sedap giler. Dulu2 masa zaman universiti kalau balik Kota, aku mesti jumpa Harlin berdating kat Restoran Baser. Bagi sesapa yang datang Kota singgahlah kat Restoran Baser. Ada 3 bijik kat Kota tu. Pilih ajela. Kalau aku order untuk family aku, aku mesti beli ayam sekor (kasi potong) campur dengan nasi 8 bungkus. Semua sekali nak dekat 30. Kalau beli satu set dalam bungkus polysterine tu…ada mahal sikit la. Uih, tak sabar nak balik umah, makan nasi ayam Baser.

7 comments:

intanz said...

aku rase aku penah makan kat situ.. :p

A.L.O.N.G said...

sedap tak?
bagi aku sedap gile

zahidah seran said...

aku tak pnh mkn ctu..hehee
yang aku tahu kat kota tempat cari2mkn belangkas..hihi

A.L.O.N.G said...

ko mkn belangkas ke zamose

zahidah seran said...

makan gak, xdela suke giler tapi kalo ade, aku sebat je le...

intanz said...

sedap woo belangkas.. ko tak makan ke cik along noridah??

intanz said...

by da way.. mmg nasik ayam kat situ jek yg best kot.. kalu tak silap aku lah.. sbb adik aku yg kecik tu pn kalu gi kota.. die mesti nk g situ..