05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Thursday, July 24, 2008

THURSDAY...HARI JADI KU BERTIGA

Hah....Dah habis keje aku kat ofis. (Dah habis ke?....). Takdela, setakat arahan dari bos aku, dah habisla. Hari ni lapang rasanya dah tak kelam kabut busy. Plus, aku baru baik dari semput. 2 days ago....pukul 3 pagi aku sms bos aku dengan PA dia sekali. Aku cakap aku tak larat nak datang keje. Early in the morning aku pergi Emergency Room, sedut gas. Nasib aku MC. Seharian aku lemah longlai. Dengan laki aku sekali aku drag MC. Nak suruh jaga aku. (Ahahahahah...jahat aku). Bile aku naik keje, bos aku tanyala khabar...itula inila...Baik pulak orang tua ni. Then terus dia suruh aku prepare cek gaji. Uih...bestnya. Tapi dia belum signla. Next monday baru sign. Macam ni tiap ujung bulan aku nak buat2 sakit. Boleh dapat gaji awal.
*
Akhirnya, wujudla seorang staff lagi kat ofis aku. Yesterday baru report duty. Cuma, first day at work...datang lambat. 10.30 baru sampai ofis. Dia kata naik bas, kete accident tu hari masuk bengkel. Before that aku ada call dia...tak pick-up phone pun. Bos aku call ofis, spot check la. Bila dia tahu datang lambat...dia marahla. Then dia suruh aku campak keje banyak2 kat dia. Aku ada remind dia suruh bawak bill hospital yang kata dia accident tu hari. Sampai hari ni tak bawak. Dia kata lupa. Dalam hati aku cakap, nasib dia memang baik. Semalam dengan hari ni bos aku tak masuk ofis. Tinggal kasi chance sampai esok la. Kalau dia tak bawak...aku tak tau la. Takut esok bos aku masuk. Tapi nak expect apa...umur 20. Bayangkanla macamana pemikiran dia.
*
Sampai ke hari ni aku tak gi medical check-up. Baby dah gerak-gerak sikit. Kalau Zati tau...mesti dia suka. Kadang2 tu ditepuk2 perut aku ni kuat2. Cik kak dengki tu. Kalau aku dapat anak perempuan lagi...mesti dua beradik ni bergaduh kejenya. Apa perkembangan Zati...dah boleh sebut dua tiga patah perkataan. Certain arahan dari aku dan laki aku...dia dah paham. Alhamdulillah. Seronok tengok perkembangan anak sendiri. Aku ada terbaca kat suratkhabar tu hari. Kalau tak nak anak derhaka dengan kite...tiap2 malam masa dia dah tidur, rajin2 cium dahi dia. Insyaallah...dia patuh dengan mak bapak. Sejak tu aku buat tiap2 malam.
*
Alamak...cakap pasal Zati, tu hari ada ambik gambar dia tengah posing depan pintu. Ingat nak letak kat blog. Kamera plak tak bawak harini. Kabelnya pulak aku bawak. Pejadah plak aku ni. Anyway, last week akak ipar aku ada e-mail aku tarikh bulan Islam kitaorang tiga beranak.

MY HUSBAND - Thursday, January 25, 1979 - KHAMIS, 25 SAFAR 1399
ME - Thursday, January 01, 1981 - KHAMIS, 24 SAFAR 1401
ZATIE - Thursday, April 05, 2007 - KHAMIS, 17 RABIUL AWWAL 1428

0 comments: