05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Tuesday, March 24, 2009

TAG DARI ZAMOSE LAGI

Ni baru sampai kat tempat keje. Sebelum cik Boss aku mengamuk, baik aku jawab dulu tag yang pending. :-
.
SYARAT DAN PERATURAN:-
.1. Apabila telah terpilih, sila tulis 16 perkara paling rawak, sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
.2. Sila hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. (Mana nak cari seramai-ramai tidak ni)
.3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda pada peringkat awal.
.4. Ketahuilah jika anda terpilih, ini adalah kerana anda juga adalah manusia biasa yang perlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya ketika bayi (Apa relevannya?)
.
Saya telah di tag oleh Zamose
.
.1. Saya dilahirkan pada 01-01-1981, Hari Khamis, Pukul 2.20 petang. That explains why I'm a very bad tempered person.
.
.2. Saya, my husband dan Izzati dilahirkan pada hari Khamis. Amani lahir pada hari Rabu.
.
.3. My favorite facts are :-
05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is IZZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is AMANI's BIRTHDAY
.
.4. My first car is KENARI AERO EZi warna MERAH. Plat number JJG 1680. Biasanya orang cina suka beli nombor plat 168. Bezanya dengan aku cuma tambah 0 dan I get it for free.
.
.5. Sekarang ni aku berazam nak kuruskan badan. Before ngandungkan Izzati, berat aku 45 kg je. Sekarang dah 55 kg. That is so not cool.
.
.6. Orang kata muka Izzati sebijik macam bapak dia & muka Amani ada campur muka aku dan laki aku.
.
.7. Aku nak sangat duduk rumah jaga anak-anak. Plus, aku nak keje dari rumah saja.
.
.8. One day, I want to get my own house, get a new family car, hopefully living in JB
.
.9. Aku telah pecah rekod dengan kawin tak pasang khemah, tak bersanding, no invitation card, dan secara kecil-kecilan. Harapnya kawan2 tak marah aku buat macam tu. Aku yang taknak sebab bapak aku dah takde.
.
.10. Bapak aku passed away in the year 2004, pada hari raya ke-3, tanpa aku di sisinya.
.
.11. I met my husband kat Internet pada tahun 1999. Masa tu kat MiRC. At last aku jumpa dia pada 5 June 2003. Then fell in love. Pastu kawin.
.
.12. Now, I'm not happy with my job. Actually I won't be happy until I get a job that only requires me to work from home. (Dreaming....)
.
.13. Aku paling rindu saat aku kat sekolah menengah dengan member2 aku; WIth Deah aku sibukkan BSB. With Harlin, aku sibukkan nyanyi lagu Melayu Jiwang, sambil melalak2 kat belakang. Golongan pengawas masa tu sure bingit dengan aku punya.
.
.14. My two kids ada tanda lahir bentuk butterfly. Izzati kat tepi pinggang. Amani kat siku. Not sure kanan atau kiri.
.
.15. Nak sangat reunion dengan member sekolah. The last time aku jumpa budak2 masa kat umah Nofie buat jamuan raya. Time tu, most of us are not married.
.
.16. I wish to live happily ever after with my family.

Monday, March 23, 2009

JAWAB TAG ORANG

Sekarang pukul 5 petang. Free skit. Rasanya macam kerja dah settlekan. Lagipun bos aku tak masuk. Ntah sibuk apa kat luar sana. So, aku go through semula blog aku. Seingat aku, ada la insan-insan yang mengetag aku. So, try la buat setakat yang mampu. Tapi, tag yang Diah kasi, alahai...susahnya. Aku ni dahla malas nak fikir. So, first aku buat tag dari Zamose, yang asalnya dari Anem:-


MUM OF THE YEAR AWARD

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
* Pernah 'ter' marah Zati. Patutnya aku tak boleh marah dia. Kecik lagi. But, lepas tu aku cakap sorry dengan dia. Waaa.....
..................................................................................................................
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
* Izzati & Amani sangat CUTE. Aku dapat bayangkan kalau Amani dah besar sikit, mesti selalu gaduh dengan kakak dia.
* Izzati & Amani sangat BIJAK. Masing-masing ada cara tersendiri nak mintak perhatian dari ibu & ayah.
* Sejak Izzati ada adik, dia sangat sayangkan Amani. Tiap hari mesti cium pipi adik sekali.
* Suka & sedih kalau tiap pagi nak pegi keje, cakap bye bye dengan Izzati. Dia akan diri kat depan pintu, dan nyahut 'bye bye' dengan ibu & ayah. Plus, with her face, yang menggambarkan kesedihan sebab tak dapat ikut ibu & ayah. Kadang tu nangis juga aku tengok dia buat macam tu.
* Every weekends is very special moment untuk kita berempat. Sekarang, since tak berapa sesuai nak jalan2 kat Jusco, kitaorang cuma lepak kat dalam bilik, sambil layan Izzati & Amani tengok Pingu. Tak keluar pun takpe. At least dapat spend time dengan anak-anak.
* Suka tengok Izzati menyambut kepulangan ibu, ayah & adiknya. Straight dia akan lompat2 kat depan pintu, terus mintak duduk kat dalam bilik nak tengok Pingu.
* Aku & husband aku tahu yang Izzati & Amani sangat sayangkan ibu & ayahnya. That's what matters.
.................................................................................................................
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you
* Semua dah kena
.

Monday, March 2, 2009

HARI AHAD...

Lama tak update blog. Semalam tak buat apa. Cuma duk umah dengan anak-anak &husband. Aku saja bantai nescafe, tak nak bg Amani tido. (Since dia still menyusu badan). Yang tak bestnya, Amani kena gigit semut kat muka dia. Semut api plak tu. Kalau aku dapat semut tu, aku pijak2 dia. Kelihatan jugak Kakak Zati tengah sibuk mengadap citer Pingu dia. Nama je ada tv kat dlm bilik. Tapi, yang dapat tengok cuma Zati sorang plak. Sebab dr pagi sampai malam dia akan tengok cd Pingu dia. Cuba tukar citer lain, mampus tak dapat.



...................PENATLA IBU..........................JANGAN TUKAR TV ........

................NAK COKLAT?.......................APA TENGOK-TENGOK?.......

.........AMBIK GAMBO LAGI..........................TIDOLAH...........................

MUKA KENA GIGIT SEMUT API