05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Friday, December 12, 2008

APA CITER

Hari ni aku due. Tapi tak keluar pun. Takut jugak aku. Misi suruh tunggu lagi 6 hari. Kalau takde masuk labour room. Harapnya aku tak bertapa selama tu. Chatting dengan Intan, dikhabarnya malam karang aku beranak. Kalau betul apa Intan cakap, wah...dia memang terror. Sebenonya aku dah tak larat ni. Bukan apa. Ada sakit. Tapi sikit2. Yelah baby tengah kat bawah. Berat la jadiknya. Dengan baby bergerak sana sini. Macam tengah swimming tu. Maunya tak mengelisat aku dibuatnya. Eh, banyak2 benda. Air selusur tak ambik. Tapi aku ada akar Siti Fatimah. Tapi, masak la aku dibuatnya nak minum air akar tu. Dulu pernah minum. Mana ada ubat rasanya sedap.
Aduh, sakitnya perut aku ni. Berdebar2 rasanya. Korang doakan la aku semoga selamat yek?

Friday, December 5, 2008

5 DISEMBER 2008

Hari ni hari Jumaat bersamaan dengan 5 Disember 2008. Kalau ikutkan aggarannya aku akan bersalin minggu depan 12 Disember 2008. Tapi, pada 3 Disember tu hari aku pergi buat check-up kat doktor swasta, untuk pemeriksaan susulan. Doktor cakap baby dah turun. 1/5 daripada actual engagement. Kalau sampai tahap 3/5 aku akan beranak. Jadi, doktor sarankan aku supaya standby minggu ni. Bila-bila masa aku akan bersalin. Dan hari ni, aku dah rasa sakit sikit2. Tapi, aku still kat tempat keje, untuk tulis blog ni. Apa yang aku rasa? Sakit macam senggugut + sakit pinggang. Cuma aku tak rush nak pegi hospital, sebab takut awal lagi. Tengoklah malam karang atau besok. Sama ada aku mengalami sakit lagi.
Aku nervous, walaupun ini pengalaman aku yang kedua. Orang kata baby aku lelaki, tengokkan pada perut aku yang tajam ke depan. Aku tak kisah. Laki atau pompuan sama aje. Yang penting anak aku dan aku selamat. Mudah-mudahan. Apa yang buatkan aku lebih nervous dari dulu. Sebabnya dulu aku tak tau apa2 pasal bersalin. Ni kali aku pernah tahu bersalin macam mana, jadik aku tak nak yang bukan2 terjadi. Aku berdoa pada Tuhan semoga takde masalah.
Sekarang aku dalam dilema. Aku sorang2 kat ofis ni. Sama ada aku biarkan aje sakit aku ni tunggu sampai habis kerja, atau aku terus pegi klinik untuk check.

Thursday, November 27, 2008

PAGI YANG MENDUNG

Pepagi ni, kalau dah ujan rintik2, memangla buat aku mengantuk. Sampai kat tempat keje, biasala...melawat bilik air. Tu jela kejenya. Pastu biasanya start buat keje. Memandangkan hari ni aku terasa malas sangat, bukak la dulu internet. Lagipun apa yang nak diherankan. Aku sorang je dalam opis. Tak kelakar plak takde staf lain. So, buatla macam umah sendiri, walaupun umah aku tak selawa opis ni.
Maybe sebab aku tau bos aku takde sampai ujung minggu. Family vacation ke Genting. Apala nak dicarik kat situ musim2 ujan ni. Tapi, takpela. Asal kan dia takde. Lunch time semalam aku singgah kat Jusco. Tengok staf2 tengah buat preparation untuk sale. Nampak macam besar semacam je salenya. Oh, rupanya sales untuk J Card member. Nak pegi ke tak nak? Nak jugak pegi. Tapi, masalahnya, anak aku dah tak suka pegi ke shopping complex ni. Dia cepat boring. Nanti dia saja buat2 nangis la. Kalau nak bawak dia, mesti shopping cepat2. Dia tak boleh tengok kite terbelek sana, terbelek sini. Bukannya merungut, tapi kesian jugak. Datang angin dia macam tu. Aku ni nak belikan dia sandal baru. Yela, kaki dah memanjang. Takkan nak pakai lagi kasut saiz 4. Nak kena tukar saiz. So, tak pastila sama ada dapat melawat Jusco ke tak.
Boring jugak buat posting tak letak gambar. Ada nak letak. Tapi asyik lupa bawak kamera. So, nak buat cemana. Zati pun dah malas nak posing2 lagi. Senang citer, anak aku dah malas serba serbi. Agaknya dalam hati dia, dia pikir asyikla buat benda yang sama je. Cubala buat perubahan sikit.

Monday, November 24, 2008

18 DAYS TO GO

Sajala aku tengok balik blog aku. Kat ticker countdown aku nak terberanak tu, baru aku perasan yang lagi 18 hari aku nak due. Maksudnya agak2 3 minggu lagi. Yang tak bestnya, sebab aku tak based pada tarikh last pe'od aku. Cuma based pada scan doktor masa 5 bulan tu hari. Jadi, bile aku bersalin? Dahla masa aku bersalinkan Zati, air aku tak pecah. Darah pun tak keluar. Harapkan sakit perut je. Kali ni aku tak tau.
Tengahari tadi masa aku lunch dengan husband aku, kitaorang bercerita hal Zati. Pagi tadi aku tengah siap2 nak gi keje dalam kul 7.30, anak aku tido lagi. Saja la aku cakap. "Zati, bangun nak. Ibu dah nak pegi keje ni." Ingatkan dia tak dengar. Nyahut plak tu. "Erm, erm, ok ek, ok ek". Biasala, style baby nyahut. Dia pun bangun. Rutin tiap pagi, sebelum pegi keje, bawak Zati naik kete. Pusing kat belakang umah, kadang belikan jajan sikit, baru bagi kat mak aku.
Pastu husband aku cakap, adik dia ni karang mesti manjanya lebih sikit dari Zati. Sebab, anak aku sekarang ni, kononnya nak pakai baju dengan seluar sendiri. Makan pun nak suap sendiri. Biasa nak mandi, aku akan cakap, "ambik tuala, bukak seluar, bukak baju, bukak pampers". Dia buatle semua tu, kecuali dia tak pandai lagi bukak baju. Konon2 nya masa dah ada adik, dia dah boleh buat sikit2. Takdela aku pengsan nak melayan dia. Aku cakap dengan husband aku, takkan la macam tu. Kesian plak. Dia kata, ntah. Saja dia mengagak.

Monday, November 17, 2008

ZATI DAH PANDAI....

ANAK AYAH & IBU DAH PANDAI APA?
1. Jalan & Lari
2. Makan sendiri
3. Sarung seluar berdiri. (Tapi,aku kena pegang badan dia lagi).
4. Gosok gigi
5. Cakap sikit2. Perkataan yang selalu disebut...
* Ayah. Herannya tak pernah dengar 'Ibu'
* Popok = Keropok
* Tu = Itu
* Bah = Bas (Zati suka tengok bas sekolah lalu depan rumah aku)
* Bye bye
* Ball = Bola (Zati suka main sepak bola)
* Dah = Sudah
Secara kesimpulannya, dia dah boleh faham apa orang cakap dan suruh buat sikit-sikit.

6. Tadah tangan kalau ayah & ibunya bacakan doa.

Thursday, November 13, 2008

HARI NI HARI KHAMIS

Hari ni hari Khamis. Memangla. Napernya? Takde apa pun. Cuma aku dah 3 bulan tak update blog. Sebabnya, biasala sibuk dengan kerja. Banyak nak di follow-up kan. Sampai nak update blog pun aku takut2. Nanti bos aku marah. Dah penat pasal keje, aku tak nak la citer hal keje kat blog aku ni. Tak menarik langsung. Cuma, hari ni aku muntah2. Ingat lepas muntah, lega macam biasa. Tak pun. Aku tengah mamai2 ni. So, tak mampula aku nak mengadap keje aku. Jadik, aku pun tulis la blog. Nanti bersawang plak. Apakah citer2 yang aku nak update kan kat sini? Sila rujuk di bawah;
1. Harlin Erina telah selamat berlepas ke Mekah bersama Mamanya, serta Tuk & Nenek sedaranya pada 2 Nov tu hari. Bestnya dapat naik Haji. Rezeki dia. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna. Boleh ke pulak malam tadi aku termimpi jumpa dengan dia. Last aku jumpa masa bulan raya tu hari. Sajala lawat dia bersama anak & laki aku.
*
2. Aku akan due pada bulan depan. Agak2 dalam 12hb Disember. Tapi, tak taula. Semalam aku pegi check perut aku kat KKIA. Alah, saja je. Sebab semalam aku ambik cuti nak bawak Zati pegi injection dos tambahan. Gaduh lagi aku dengan misi kat situ. Ada je nak carik pasal ngan aku. Asyikla nak cakap aku dah lama tak datang KKIA. Apa yang aku jawab, "Berapa kali saya nak remark dengan korang, yang saya ni pegi check dengan doktor swasta". Pada pendapat korangla. Mana lebih penting? Pegi check kat KKIA dengan misi2 tak guna tu ke, atau pegi swasta check dengan doktor? Mestila doktor, sebab doktor yang tau semua. Pastu ada hati nak cakap dengan aku, yang diaorang tak boleh nak follow up record aku. Nak tengokkan print-out scan dari doktor yang aku selalu pegi tu, pandai pulak nak cakap yang dia tak pandai baca benda alah tu. Eh, aku cakap dengan dia, tu masalah awak, bukan masalah saya. Bodohnya. Pastu, dia cakap aku dah termiss minum air gula (sebab aku ada keturunan kencing manis dari arwah abah aku). Aku cakap, tu pun bukan aku punya pasal. Kenapa masa awal2 aku daftar kad merah tu, tak nak panggil aku terus buat test minum air gula. Aku kata, jangan nak salahkan aku. Tanya misi yang dok check aku tu mula2. Dalam hati aku cakap, patutnya memang aku kena, tapi memandangkan yang check aku awal dulu, kenal aku dengan mak aku, dia cuma tanya masa aku ngandungkan Zati, ada masalah kencing manis tak? Aku cakap takde. So, dia lepaskan aku je. Tiba ni pulak terkena dengan misi selenge.
*
3. Disebabkan semalam Zati injection, hari ni dia demam. Kena inject kat peha. Sakit plak. Dok tunjuk peha dia kat aku & laki aku. So, malam tadi aku tak tido sangat, sebab nak urut kaki dia. Gosok2 pakai minyak, nak bagi dia tido lena.
*
4. Makin takut nak tunggu hari bersalin. Sebab aku tak tau kali ni ok ke tak. Perasan aku baby ni macam over aktif. Tak macam Zati dulu. Ada sekali aku kena cramp kat perut. Rasa macam nak beranak. Aku pegi la check kat doktor. Rupanya, anak aku kecik sikit. Tapi tak sampai tahap membimbangkan. Yang cramp tu, maybe dia lapar, sebab aku tak berapa nak makan sangat. So, doktor bagi aku multi-vitamin + baru la aku nak minum susu Anmum tu. Tapi, beli perisa coklat la. Nak mengelakkan dari muak, aku letak air batu. Rasa macam minum coklat ice plak. Masa aku bagi tau kat laki aku pasal ni, dia punya marah...dari aku keluar klinik tu (Kat Ulu Tiram) sampaila kat Kota Tinggi. Aku diam je. Dia kata, apsal tak nak makan? Sendiri nak makan sedap, abih baby tak nak makan la? Lepas tu apa ntah dia cakap, aku pun dah tak ingat. Salah sendiri, takkan nak menjawab plak.
*
5. Diah akan melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu ni. Plan2 nak pegi. Tapi, disebabkan Zati demam, aku nak tengok keadaan dulu. Kalau everything ok, maka akan terpacul la muka aku karang. Last2 kawin gak minah tu. Mesti meriah sekampung masa majlis dia karang. Dengar dia cakap dengan aku, dia tak nak berinai. Apsal plak cik kak ni. Tapi, bersanding nak. Kalau aku dibagi pilihan, aku suka berinai dari bersanding. Dulu aku kawin, adik2 & mak aku yang inaikan. Dokla menonyoh benda alah tu semalaman. Dahla kena buat banyak kali, sebab tak naik warna. Darah aku bukannya merah sangat. Tu yang susah tu. Tapi, beli kat kedai India, dia suruh tambah serbuk teh, nak bagi pekat. Jadik jugak la. Yang aku tak suka bersanding sebab aku dua orang duduk atas kerusi, pastu semua orang tengok kitaorang. Macam mana tu. Jadik patung. Kang dibuatnya aku tengah duduk, ternampak la mana2 orang tengah soh seh soh seh mengata aku. Ha...tu yang aku maleh tu. Tapi, takpe. Turn aku dah lama berlalu. Tu cuma pandangan aku je. Orang lain takpela. Tu dah memang adatnya. Aku je yang lain dari lain.

Tuesday, August 26, 2008

TAG DARI ZAMOSE

Mintak maap ye Zamose. Komputer aku nak kena download flash player plak. Nanti takut bos aku marah.

TAG DARI INTAN

KALI PERTAMA NAIK KAPAL TERBANG
Tak pernah

*
KALI PERTAMA PERGI OVERSEA
Pun tak pernah

*
KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DENGAN KELUARGA
Masa masuk KTAM. Nangis aku. Waaaaa. Tapi pastu suka. Wakakakaka

*
TERINGIN SANGAT NAK MELANCONG KE...
Jepun. Macam best je rasanya

*
FAVORITE ACCESSORIES
Jam kut. Sebab hari2 pakai jam.

*
EMPAT PERKATAAN YANG SELALU DISEBUT
- Pejadahnya
(Tu je yang selalu disebut)

*
KALAU ADA DUIT
- Mesti bayar hutang
- Beli barang yang diidamkan
- Melabur & menyimpan

*
SIAPA YANG ANDA NAK TAG
Semua dah kena

Tuesday, August 19, 2008

TAG

Yang ni aku kasik homework kat bebudak ni. First time nak tag orang. Tapi tak taula korang dah penah buat ke belum. Sebelum tu syarat2 tag ni ialah:

*
1. Cerita ini benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu mengetag paling kurang 3 orang rakan anda
3. Tempoh tag bermula dari masa ia dicipta (Tak tau bila) dan tamat pada 21 Ogos 2008.
4. Jawab dengan SEGERA apabila anda di tag
5. Perlu ada 5 kisah "Pertama"

*
PERTAMA

Pertama kali bercinta. Ni aku tak masuk kisah aku berendut sebelum berjumpa dengan laki aku. Sebab aku bukannya bercinta pun. First time aku bercinta sebenarnya dengan laki aku la. Walaupun pada asalnya kitaorang cuma member kat chatroom tu, tapi sebenarnya aku memendam perasaan dengan dia. Apala aku ni pun. Masa tu aku bukannya tau rupanya macamana. Kut dibuatnya muka dia hodoh giler. Ish, cabut lari aku masa tu jugak. Tak guna la tiap2 malam aku berangankan dia. Tapi, bila tanya kat laki aku, masa tu dia takdela plak rasa mcm nak bercintan dgn aku. Takde perasaan pun. Kira aku ni syok sendiri. Dah jumpa, tot tet tot tet, barula bercinta. Siap declare konon. Ceh...

*
KEDUA
Pertama kali bekerja. Ni kiranya aku anggap lepas grad. Seingat aku la, aku keje kat bandar. Jadik receptionist cum clerk. Gaji selama-lamanya RM800. Betul2 macam budak SPM. Tapi, kerja tak stress. Bos pun baik. Kerja banyak goyang kaki. So, tu sebabla aku tak selama-lamanya kat situ. Nak buat apa. Setakat nak merasa duit sendiri dengan macamana rasanya bekerja.

*
KETIGA

Kereta pertama aku. Perodua Kenari 1000cc Auto kaler merah mak ngah. Masa tu arwah bapak aku baru meninggal. So, mak aku dah jual van bapak aku kat kedai yang dia beli tu. Yelah, sapa plak nak bawak van tu. Aku mana reti. So, masa tu cepat2 aku ambik lesen kete, terus angkat kete ni. Asalnya aku nak Myvi. Tapi masa tu Myvi baru launch. So, nak tunggu order lama giler. So, angkat ajela kete Kenari yang dah tersedia ada kat Perodua tu. Sampaila sekarang aku duk bawak kete merah tu gak. Kut aku banyak duit kang, tak tau nak beli kete lain ke, tukar kete ke. Ni berangan je la
*
KEEMPAT
Pertama kali kawin. Ni harapnya pertama dan terakhir. Tak maula kawin kali kedua plak. Mintak dijauhkan. Aku buat majlis kecik aje. Disebabkan bapak aku dah takde, jadik rasanya tak best kalau nak berkompang sana sini. Lagipun aku tak nak bazir duit dan tak nak memenatkan mak aku. Masa tu jugala dugaan datang. Yelah nak buat benda baik ni, ada aja dugaan. Adik beradik belah arwah bapak aku menentang habisan aku tak buat majlis besar. Takde sanding, takde khemah. Pastu tunang seminggu awal dari kawin. Tu pun mak aku dengan sepupu dia yang uruskan. Sebab belah arwah bapak aku kat Muar. So, setakat tunang aku taknak susah2 dtg jauh2. Lagipun belah laki aku yang datang umah aku. So, takde hal pun. Tapi, diaorg salah anggap. Jadik diaorg pulaukan aku taknak dtg majlis. Taknak sudah. Aku peduli apa. Jadi dah taula perangai sebenar diaorg. Sabar jela. Aku pun bgtau gak kat kawan. Nak dtg aku alukan. Cuma takde kad la. So, sorila kalau ada yang terasa hati.
*
KELIMA
Pertama kali bergelar ibu. Kalau namanya first time beranak, ikutkan aku tak nak lalui lagi. Tapi, dah lumrah hidup. Otomatik akan rasa nak beranak lagi. Pulak tu aku bersalin tanpa suami dan mak di sisi. Salah aku jugak. Aku yang suruh diaorang balik umah tidur. Mana nak tau. Masuk wad kul 1 pagi. Bukak baru 3 cm. So, aku agak mcm besok siangnya aku beranak. Tapi, disebabkan aku sakit perut yang terlampau, tu pasal diaorang paksa bersalin awal. Yang aku ingat, misi bawak aku pegi labour room masa tengah azan Subuh. Teran2 tak mau keluar. Last2, kena ikat kaki pastu teran la. Sampai kul 7 pagi. Penat betul. Laki dan mak aku dtg hospital kul 7.30 pagi. Tengok kat wad, aku takde. Rupanya aku dah bersalin. Jeng3. Sebijik muka laki aku. Gelap sikit la. Nama...Nur Aliah Izzati diberi selepas umur 3 hari.
*
SO, aku akan tag orang yang berkaitan:
1. Intan
2. Zamose
3. Diah
4. Anem. (Jangan buat2 lupa plak)

Monday, August 18, 2008

...........

Lagi 25 minit lagi nak balik keje. Bos dan bini bos dah balik. Bos aku gi KL. Tadi dia masuk kejap. Mengamuk gitu gini. Pening kepala aku. Then kul 4 dia terus chow. Banyakla keje2 yang ditinggalkan. Buat separuh, pastu aku malas nak buat lagi. Besok jela buat. Penat cik. Nak masuk 6-months pregnant ni ada penat sikit. Ditambah plak baby asyik gerak tak henti2. Lenguh tau. Ingat apa. Macam tak reti nak tido plak si kecik ni.
*
Next month dah posa. Aku pun tak sure whether aku larat tak posa. Tryla. Masa aku ngandungkan Zati pun terkena masa bulan posa gak. Masa tu 1/2 bulan je kot aku posa. Then, terpaksala cuti posa. Sebab lapar. Takut sakit perut. Ini kali tak tau la macamana. Aku berkira2 bila aku nak gi shopping beli baju raya karang. Laki aku tanya semalam. Beli baju raya. Nak buat apa ek? Ntah...aku pun cakap tak tau. Sebab, pagi2 raya bukannya gi mana pun. Erm, tengokla macamana. Bukan takde baju melayu dengan baju kurung. Tengokla, terasa nak beli, kitaorang beli je. Kurang2 pun Zati ada baju kurung sepasang. Macamana la rupa cik kak tu. Perut dahla boncet. Bontot besar pulak tu (sebab pakai pampers). Terkedek2 jalan, kang terbongkang plak.

Saturday, August 16, 2008

BUAT TAG LAGI....

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH (ambik perhatian,kegiatan ini banyak dibuat dgn Diah)

1. Curi2 keluar malam, turun kat CR, tengok TV (ada video klip BSB)
2. Ni tak tau nak disclose ke tak. Tapi memandangkan dah besar,takde hal la kot. Takkan Intan atau Zamose nak tepon polis plak ek?. Duduk seharian kat bilik kaunseling (Sbb cikgu apa ntah namanya...bagi aku pegang kunci), dengar walkman, baca majalah yg diharamkan utk bwk ke sekolah, mkn, tidur sekali.
3. Bawak walkman ke sekolah sbb nak dgr lagu BSB
4. Ponteng sembahyang kat surau.
5. Lepak kat bilik atas sekali dgn Kak Yan, sambil tidur

*
3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
1. Geografi (Sbb suka tengok gambar2)
2. Add Math (Sbb selalu fail, pastu dah boleh buat)
3. BI (Takde sebab)

*
3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
1. Arab (Sebab tak faham)
2. Sejarah (Malas nak hafal)
3. Ekonomi (Ngantuk)

*
MENARIK PADA KAMU...?
Ntah...belum tanya laki aku lagi

*
KAMU PALING SUKA...?
Tidur

*
ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
-Segala apa yang diperlukan oleh manusia
-Husband aku (Isz), anak aku (Zati), keluargaku

*
SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Nak hubungi sapa plak? Semua dah ada kat umah.

*
MANGSA TAG
Takde sapa

Friday, August 15, 2008

APA CITER HARI NI....

Apa citer hari ni? Takde yang menarik. Pagi sampai buat keje yang tak siap. Sambil2 tu, borak dgn Zamose & Intan. Syoknya citer pasal baju raya dengan Zamose. Tahun ni aku ingat nak buat purple cair sebagai warna tema aku anak beranak. Malas nak tempah. Sebabnya, satu...ini time memang takde orang nak terima tempahan lagi. Aku pun tak pernah tempah baju raya. Kedua...sebab aku ternampakkan offer baju raya kat First Lady. Murah giler...30 lebih dah boleh dapat. Lepas tu, aku berkenan tengok pattern baju dia. Ntah kenapa tahun ni macam tertunggu2 nak raya. (Posa dulu, baru raya yek...). Tahun lepas pun, raya Zati dah ada. Cuma macam tak semangat gitu. Napa ntah. Semua tak beli baju raya. Agaknya sebab tahun lepas adalah tahun aku yang bermasalah. Macam2 hal. Ntah apa2. Malas nak ingat. Dan maybe tahun ni aku tengah peknen kut. So, adala benda yang nak ditunggu2.
*
Tahun ni tak sure balik Melaka ke tak. Depends pada keadaan. Laki aku pun tak kisah balik ke tak. Rasanya biasa kitaorang balik dah lepas raya. Yelah, mak aku kan tinggal sorang. So, biasanya pagi2 raya teman mak aku raya. Then, raya ke 3, 4 macam tu baru raya kat Melaka. Lagipun, mak aku baru dapat cucu sulung. So, berayala dengan cucunya tu. Aku lupa tanya mak aku dia dah buat baju raya ke belum. Biasa dia tempah baju raya. Dia rajin la dgn kawan2 ofis dia, jalan2 kat kedai Kemboja carik kain. Tudung batu dia dah sekotak aku tengok. Baju kurung penuh satu robok. Jangan cakap aku. Aku rasa baju kurung aku tak sampai 7 pasang. Sebab aku selalu beli baju dah siap. Citer pasal raya, mula la aku melarat teringatkan kuih dengan ketupat. Nyam2. Lapar ni. Tak makan lagi. Tadi lunch time aku pegi jusco. Beli baju jalan untuk Zati. Ada offer kat Reject shop, aku sapula. Aku beli T-Shirt aku sekali.

TAG DARI INTAN...

Pegi kat google. Then type la "nama + needs" contohnye "Noridah needs" type kurungan tu skali.. then enter @ click kat google search.

  • noridah needs to add some contacts first. Updates from favorites. Magic will happen here when noridah adds ...

Yang herannya, satu je yang jumpa. So, takyah susah2. Hahaha...

Then, do an image search guna keyword yang sama:

Ni pun takde image apa2. Hahaha...Senangnya keje aku

Tuesday, August 12, 2008

TUKANG TILIK....

Tadi aku tepon mak aku. Tanya la kut nak kirim sayur on the way back karang. Dia tak mau. Then, dia bagi tau maybe baby aku yang ni, lelaki. Aku tanya, mana mak tau? Cuba teka sapa yang bagitau dia. Sapa lagi kalau bukan makcik yang jaga Zati sekarang ni. Ntah mana dia belek2 anak aku tu sampai kata adiknya karang lelaki. Dan satu lagi aku dapat tau yang hantar budak kat dia tu, takkan hantar kat dia lagi. Sebab orang tu pun tengah mengandung anak ke-4. So, terus ambik bibik letak kat umah. Oh, patutla tu hari ngendengkan nak jaga anak aku yang lagi sorang ni. Ntahla. Aku malas la nak hantar. Bukan apa. Yang aku tak suka, laki dia suka hisap rokok dekat dengan budak2 kecik. Aku dah penah tegur sekali. Kalau tengah hisap rokok tak yah dukung Zati. Bukan anak aku je dia buat macam tu. Dengan anak orang lain tu pun dia buat gak. Berkepul2 la asap rokok bersepah kat budak2. Tapi, tak makan saman. Aku bagi tau dengan laki aku, ni dah sah orang tua ni nyanyuk. Eh, laki aku pun hisap rokok gak. Tapi tak dekat dengan anak. Ni lagi kang aku hantar baby baru lahir. Lagila macam2 masalah. Kang semput, masalah paru2 ke apa ke. Ish, tak nak la. Mungkin aku hantar nursery kat belakang taman perumahan aku. Lagi bagus kalau jumpa nursery dekat dengan tempat keje. Senang sikit nak berambik, berhantar. Hai, macam2 orang kat dalam dunia ni.

Monday, August 11, 2008

MINYAK ANGIN

Pagi tadi sampai sekarang aku sakit perut. Cramp gitu. Takkan nak terberanak kot. Baru 5 bulan setengah. Sampai lepas lunch, aku tak reda jugak. Berak dah masuk 3 kali. Nak kata cirit birit, bukan. Biasa saja aku tengok. Last2 aku ambik satu minyak angin cina kat first aid opis aku. Aku pernah guna sekali. OK la gak. Aku sapula dengan harapan akan reda sakit perut aku. Sekali, lepas 10 minit aku sapu, baby dalam perut aku tendang dengan sekuat hati, non stop. Alamak, kang terkeluar jugak. Opis takde orang ni. Kut sapa nak talipon kan ambulans. Aku dah risau. Cepat2 aku pegi bilik air. Aku cuci perut aku dengan sabun. Minyak angin tu terkena dia ke? Pastu aku minum sikit air suam. Duduk diam2 dalam 10 minit. Rasa dah lega sikit. Pegang2 perut aku...ok. Dah gerak2 macam biasa. Apa la aku ni. ???????

Friday, August 8, 2008

BANGUN....

Jam dah 7.45 pagi. Tapi, Zati tak mau bangun lagi, disebabkan dek hujan malam tadi. Baru nak ambik gambar dia tengah tido. Sekali on kamera je, terus dia menggeliat. 2 shot yang dapat ditangkap. Sleeping beauty baru nak bangun.

Thursday, August 7, 2008

HARI NI....

Hari ni aku bawak kad merah, sebab nak tukar appointment untuk check up kat Ulu Tiram. Dekat sikit dengan tempat keje aku. At the same time, alang2 tu aku post sekali gambo yang aku scan tu hari. Ntah, aku pun tak nampak apa2 bentuk. Doktor cakap clear. Yelah...dia doktor, dia tau apa yg dia tengok. Tanya aku, satu benda aku tak nampak. Aku tanya dia, mana kepalanya. Dia tunjuk la yg bulat tu. Ai...besar nya.




Wednesday, August 6, 2008

IZZATI PUNYA HAL

Aku ni ada sikit tak percaya pantang dan konon2 orang-orang tua ni. Tak kisahla dari segi apa-apa. Ada yang masuk akal. Ada tu karang dah merepek la pulak. Ye...bila aku menidakkan benda2 tu, mula la karang katanya benda tu jadik betul. Memangla jadik. Kalau dah percaya mati-matian, memangla jadik. Aku laki bini memang tak biasakan diri untuk percaya bermati-matian. Ni semua psikologi. Kita kan ada Tuhan. DIA lah yang menentukan segalanya.
*
Ni kisahnya pasal aku baru-baru nak mengandung. Orang tua2 kata, kalau anak aku nak ber adik, mula la dia menonggengla, hisap ibu jari kaki la, kuat merajuk la. Aku memang tak caya nya. Dah memang budak2 kecik tu je kejenya. Habis nak buat macamana. Kalau mak aku yang cakap, aku tak kisah sangat. Sebab dia sebut gitu2 je. Semalam pun, dia kata Zati asyik nangis merajuk. Mak aku kata dia 'sakat'. Ntah. Aku pun tak paham, dan tak ingin nak ambik tau. Aku cakap, alah, dia kan memang macam tu. Budak manja. Tu je. Yang aku ada menyampah sikit, kat tempat aku hantar Zati tu. Makcik tu ada problem sikit. Wah....cakap dia je nak betul. Ha yelah. Lantak ko la. Dia tau aku tengah pregnant, tapi aku tak pernah bagitau dia. Dalam pada keadaan sekarang ni, yang dia menjaga sampai 4 orang budak termasuk anak aku...ada hati nak ngendeng nak jaga anak aku yang lagi satu ni. Eh, sorry ye. Dia nak tamak haloba, tu dia punya pasal. Karang anak aku ke mana, apa ke mana. Ingat orang tua larat ke nak jaga sampai 5 orang budak. Anak sendiri jangan cerita la, sanggup tak sanggupla. Ni anak orang. Tak payahla. Aku hantar nursery kat belakang taman aku lagi bagus. Karang dah masuk setahun setengah, dah boleh jalan semua, boleh mak aku nak jaga. Ni aku tak nak susahkan mak aku lepas pencen. Zati dah besar takpe dia nak jaga. Tak leceh sangat
*
Aku ni bukan suka nak tinggalka anak kat rumah orang. Kalaula boleh bawak pegi keje. Kan best. Yelah, mana nak tau orang tu ajar anak aku bukan2 ke. Aku tak sangka buruk, tapi aku memang tak percaya orang. Ni tinggal bulan depan je aku hantar. Pastu bulan 10 mak aku dah pencen. Dah boleh duduk rumah budak kecik tu. Sukanya aku. Ingat2 balik dulu2 belum ada anak, aku ni bukannya excited sangat kalau nampak baby ke, budak kecik ke. Tapi bila dah ada sendiri, sayang sangat nak tinggal. Even sekarang aku tak biasakan cakap dengan anak 'aku, kau'. Kesian dia. Dah bagi nama cantik2, aku gunakan sepenuhnya.

Tuesday, August 5, 2008

DUE DATE?

Memandangkan aku tak sure bila last period aku, results nya masa aku pegi scan kat klinik, due date aku might be earlier than yang dikira-kirakan oleh klinik kerajaan dulu. Based pada Ultrasound, due date aku maybe 12-12-08 (Hari Jumaat tu). Kalau terawal satu hari...kena hari Khamis lagi. Pecah rekod satu family. Semua Khamis. Last week jugak aku confess dengan PA bos aku yang aku actually tengah pregnant. She looks surprised sebab perut aku tak besar mana pun.
*
Actually, masa hari aku confess dengan dia, dia telah membongkarkan satu rahsia, yang aku dah tahu sebenarnya. Dia sebenarnya bini nombor 2 bos aku. (Bini tak register la..). Dari first month aku kat situ, aku dah tahu. Tengok dari gerak geri diaorang, yelah memandangkan aku ni dah kawin...aku tahu la rupa bini orang macamana. Tapi aku tak kisah pun, sebab pompuan tu memang baik dengan aku. Dia pun orangnya baik. Jenis tak kisah. Cina lagipun. Apa nak diherankan. SO, dia tanya aku, nak dia bagitaukan laki dia ke, atau aku nak bagitau sendiri. Takpelah...aku suruh dia bagitau. Nanti masa nak apply maternity leave, baru aku cakap sendiri dengan bos aku. Kalau cakap sekarang, dibuatnya bos aku jawab 'Pregnant? Pregnant la...Kenapa mau cakap sama saya?'. Ha, tak ke malu sendiri.

Saturday, August 2, 2008

PROJEK XXX

Semalam aku & laki aku telah membuat satu projek. Dalam pada tengah borak-borak kosong, terbukak la topik 'Beli Tilam Baru'. Sejak banjir tahun sudah, aku anak beranak cuma tidur kat atas katil yang bila2 masa je boleh roboh, beralaskan tilam sedekah dari bos mak aku. Ala..tu pun tilam budak asrama laki bos mak aku tu la. Kalau tiap kali aku nak tukar cadar, tengokkan tilam yang orang kata pijat2 pun tak mau duduk, sedih plak. Aku laki bini tak kisah la nak tidur atas tu. Tapi Zati...kesian dia. Jadik semalam, tengah duk kat ofis aku survey2 la telepon kedai perabot yang ada kat Kota Tinggi tu. Sekali, jackpot. Ada satu kedai ni...buat ansuran mudah. Kasik I/C je. Pastu, nak kena letak deposit sikit dari harga barang tu.
*
So, balik keje...singgah jap. Apek ngan nyonya kedai, kalau nampak customer, yang pada firasatnya ada chance nak beli barang dia...tersengih2. So, pilih punya pilih...kitaorang amik tilam satu. Tak amik spring la. Amik latex je. Okla tu, under Dunlopillo. Berpatutan la tu. Kena letak deposit 150. Bulan2 bayar 50 je. Adala dalam 9 bulan ikat. Syok gak. Yelah...nak angkat cash tengah takde budget. So, buatla macam makcik2 kat kampung tu. Hutang le...So, aku plan ngan laki aku, kalau ada duit lebih tiap2 bulan, bayarla lebih. Boleh habis cepat. Pastu nak angkat barang lain plak. Hahahahah. So, malam ni, dengan rasminya kitaorang akan tido kat tilam baru. Tapi, nak dimaklumkan bahawa katil telah dirobohkan semalam. Dah reput kena banjir. So, robohkan je. Lagipun, tu hari Zati dah jatuh katil masa tengah syok2 tido malam. So, amatlah membahayakan.

Thursday, July 31, 2008

ANGIN SATU BADAN

Ish, angin satu badan aku hari ni. Nak dijadikan cerita, aku dah gagal menghadirkan diri untuk pemeriksaan susulan kat klinik ibu mengandung. Aku ni, kalau diaorang buat check-up setengah jam sorang, dah lama aku merajinkan badan aku untuk pegi. Ini tak. Aku pegi buat kad merah bulan lepas, dari pukul 8 lebih membawakla ke pukul 12. Apa jadahnya. Habis...aku tak payah kejela?
*
Tadi masa lunch, aku pegila klinik swasta. Sebab, mak aku bagi tau, cik misi bagitau mak aku, nak kena datang untuk scan dan jumpa doktor. Aku ni kan, misi2 tu kalau cakap dengan mak aku baikla pulak. Mentang2 la kenal. (Tau segan)..So, aku pegi la klinik swasta buat scan, siap print lagi menda alah tu, nak kasik diaorg tengok, kalau dibuatnya tak percaya. Pastu, tepon la klinik ibu mengandung kat Kota Tinggi tu. Hai...dimarahnya aku balik. Dia kata, mana boleh tak datang langsung. Nanti apa2 hal jadik, sapa susah. Hotak kau. Sapa cakap tak nak datang terus. Aku kata, aku ni susah nak dapat MC. Korang tu kalau check, dahla berjam2. Bodoh betul. Aku sound la balik. 'Cik, saya ni nak inform je. Nanti senang, you all ada rekod yg saya dah pegi scan baby'. Sabar je tengah2 mengandung ni. Dugaan....

Friday, July 25, 2008

SLUMBER PARTY

Tiap2 hari, lepas aku balik keje...dah makan2, mandi aku terus masuk bilik. Lepak2 dengan Zati & laki aku. Dalam handphone tajaan company aku, ada satu klip Finding Nemo. Adala dalam 2, 3 minit kut. So, anak aku suka tengok benda alah tu. Laki aku la yang tolong pegangkan handphone, kasi Zati tengok. Ni adalah gambar slumber party malam tadi punya








Thursday, July 24, 2008

HOMEWORK FROM MY FRIEND

1. NAMA TIMANGAN OLEH ORG TERSAYANG
- Along, Nor, Yang

2. ANDA SEORANG YANG....
- Suka shopping (kalau takde duit, window je)
- Suka tengok favorite movie banyak kali
- Sensitif
- Mudah nangis (waaaaaaaa)

3. INSAN TERISTIMEWA. DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DI MATA ANDA
- Suamiku Isz : Uniknya percintaan kami yang bermula dari internet
- Anakku Zati : Penawar jiwa dan ragaku. Kalau sedih, tengok muka dia

4. MAKANAN FAVORITE ANDA
- Sambal petai, Tomyam, Apa2 fast food

5. FAVORITE CLOLOR
- Merah, dan warna lembut2

6. FAVORITE SONG
- 8th World Wonder - Kimberly Locke

7. SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS
- Orang tak paham bahasa

8. 3 BENDA YG MESTI ADA DLM HANDBAG ANDA
- Make up set, Wallet, Handphone

9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS BERIYA-IYA. KENAPA?
- Minggu lepas kut. Biasala...hal rumahtangga.

10.TAG 5 RAKAN ANDA
- Diah dah tag kan...TQ

THURSDAY...HARI JADI KU BERTIGA

Hah....Dah habis keje aku kat ofis. (Dah habis ke?....). Takdela, setakat arahan dari bos aku, dah habisla. Hari ni lapang rasanya dah tak kelam kabut busy. Plus, aku baru baik dari semput. 2 days ago....pukul 3 pagi aku sms bos aku dengan PA dia sekali. Aku cakap aku tak larat nak datang keje. Early in the morning aku pergi Emergency Room, sedut gas. Nasib aku MC. Seharian aku lemah longlai. Dengan laki aku sekali aku drag MC. Nak suruh jaga aku. (Ahahahahah...jahat aku). Bile aku naik keje, bos aku tanyala khabar...itula inila...Baik pulak orang tua ni. Then terus dia suruh aku prepare cek gaji. Uih...bestnya. Tapi dia belum signla. Next monday baru sign. Macam ni tiap ujung bulan aku nak buat2 sakit. Boleh dapat gaji awal.
*
Akhirnya, wujudla seorang staff lagi kat ofis aku. Yesterday baru report duty. Cuma, first day at work...datang lambat. 10.30 baru sampai ofis. Dia kata naik bas, kete accident tu hari masuk bengkel. Before that aku ada call dia...tak pick-up phone pun. Bos aku call ofis, spot check la. Bila dia tahu datang lambat...dia marahla. Then dia suruh aku campak keje banyak2 kat dia. Aku ada remind dia suruh bawak bill hospital yang kata dia accident tu hari. Sampai hari ni tak bawak. Dia kata lupa. Dalam hati aku cakap, nasib dia memang baik. Semalam dengan hari ni bos aku tak masuk ofis. Tinggal kasi chance sampai esok la. Kalau dia tak bawak...aku tak tau la. Takut esok bos aku masuk. Tapi nak expect apa...umur 20. Bayangkanla macamana pemikiran dia.
*
Sampai ke hari ni aku tak gi medical check-up. Baby dah gerak-gerak sikit. Kalau Zati tau...mesti dia suka. Kadang2 tu ditepuk2 perut aku ni kuat2. Cik kak dengki tu. Kalau aku dapat anak perempuan lagi...mesti dua beradik ni bergaduh kejenya. Apa perkembangan Zati...dah boleh sebut dua tiga patah perkataan. Certain arahan dari aku dan laki aku...dia dah paham. Alhamdulillah. Seronok tengok perkembangan anak sendiri. Aku ada terbaca kat suratkhabar tu hari. Kalau tak nak anak derhaka dengan kite...tiap2 malam masa dia dah tidur, rajin2 cium dahi dia. Insyaallah...dia patuh dengan mak bapak. Sejak tu aku buat tiap2 malam.
*
Alamak...cakap pasal Zati, tu hari ada ambik gambar dia tengah posing depan pintu. Ingat nak letak kat blog. Kamera plak tak bawak harini. Kabelnya pulak aku bawak. Pejadah plak aku ni. Anyway, last week akak ipar aku ada e-mail aku tarikh bulan Islam kitaorang tiga beranak.

MY HUSBAND - Thursday, January 25, 1979 - KHAMIS, 25 SAFAR 1399
ME - Thursday, January 01, 1981 - KHAMIS, 24 SAFAR 1401
ZATIE - Thursday, April 05, 2007 - KHAMIS, 17 RABIUL AWWAL 1428

Thursday, July 17, 2008

LAPAR

Aku ni dah petang, terasa lapar. Sebab pukul 11 pagi aku dah makan tengahari. Tetiba timbul plak keinginan nak makan macam-macam. Siang tadi dapat duit rebate motor (laki aku punya la). Alah, 150.00 je. Aku pakai nak renew lesen kete aku yang dah nak dekat setahun mati. Kalau aku tak renew, satu keje plak. Sebab dari lesen P ke lesen penuh. Nasib baik telepon JPJ check takde sangkut apa2 saman. Saman ada…traffic la. Aku rasa dah 3 saman aku kena. Tapi semua saman tembak. So, tak risau kena blacklist la. Esok aku gi buat lesen tu.

*
Sambung cerita pasal makan tadi…aku dah berangan macam2. Pizza hut la…Domino’s Pizza la…Tapi kalau nak murah kena order untuk delivery punya. Ada la dalam 30 ke 40 inggit kut untuk makan 6 beranak kat rumah tu. Tetiba baru terlintas kat fikiran aku. Nak puas makan…baik aku order Nasi Ayam Baser. Sebab pada aku…itu yang murah dan sedap giler. Dulu2 masa zaman universiti kalau balik Kota, aku mesti jumpa Harlin berdating kat Restoran Baser. Bagi sesapa yang datang Kota singgahlah kat Restoran Baser. Ada 3 bijik kat Kota tu. Pilih ajela. Kalau aku order untuk family aku, aku mesti beli ayam sekor (kasi potong) campur dengan nasi 8 bungkus. Semua sekali nak dekat 30. Kalau beli satu set dalam bungkus polysterine tu…ada mahal sikit la. Uih, tak sabar nak balik umah, makan nasi ayam Baser.

RUPA-RUPANYA.....

Kesinambungan dari cerita semalam, rupanya budak yang kena masuk keje tu telah ACCIDENT masa on the way nak datang ofis aku. Accident dengan lori plak tu. Baru tadi dia call aku dari hospital. Katanya esok dia keluar wad...then lusa dia nak masuk keje. Tak sampai hatila plak. Aku pun bagitau la kat dia, memandangkan bos aku 'outstation' (konon2), better tunggu sampai orang tua tu balik. Mana tau dia kasi kelonggaran masuk keje bulan depan terus ke. Alah, pada aku bukan urgent sangat nak pakai orang. Yela...orang susah, kite tolong.
*
Patutnya pagi tadi aku nak mengular pegi buat medical check-up untuk perut aku ni. Ingat 7.30 aku nak terus pegi klinik. Then 7.30 ada lagi kat rumah, tak mandi lagi. Ditambah pulak instinct aku mengatakan, tak payah pegi check up dulu la. Jadik, baik batalkan aje. Lagipun aku takde mood hari ni. Boring gitu. Napa boring, aku tak tau.
*
Apsal la semua tak online. Tanya Harlin, internet kat tempat keje dia tak okay lagi. Yang lain2 macam sibuk je aku tengok. Time aku tak busy, orang lain plak busy. Karang aku busy, orang lain plak tengah bersenang lenang. Ni ha...aku sampai sambung post aku pagi tadi punya. Malas nak buat posting baru.

Wednesday, July 16, 2008

A GIRL WHO NEVER TURN UP....

Suppose today, ada la sorang new staff kena report duty. Tapi, takde. Puasla aku call budak tu. Telefon on, tapi takde orang pick up. Aku rasa dia tak nak masuk keje. Dah tu, yang hari bos aku interview dia, pegi accept buat apa. Ngong betul. Dasar budak lagi. Umur baru 20 tahun. Hish, buat perangai. Takde imagination langsung. Kalau aku jadik dia, jawab je la phone call. Pastu...pepandai la goreng. Cakap dah dapat keje tempat lain ke, kena pindah tempat lain ke...Dah la apply guna Jobstreet. Kalau bos aku blacklist kan dia, mampus tak dapat carik keje guna Jobstreet lagi. Ni karang...kenala interview semula candidate lain. Aku ni dahla malas nak buat benda2 tu semua.
*
Sehingga ke saat ini...dah pukul 2.50 petang. Batang hidung bos aku tak kelihatan lagi. Masuk ke tidak orang tua ni. Malam karang...
Ha kat sini aku terhenti jap, sebab tetiba je aku nampak sebuah kete yang orang kata 'macam kenal jek'. Ha kan...betul tak aku cakap. Bos aku. Melompat aku lari kat tempat aku semula. (Tadi aku menaip kat depan). Pastu...buat2 buzy la. Taip sana sini. Agak-agak dalam sejam jugak dia duduk kat ofis. Then...dia pun kuar. Ni aku baru bukak balik blog aku, nak sambung tulis. Uih, betapa seronoknya aku. Bos takde the whole week ni. Hmm, apa tak sambung je sampai ke minggu depan. Ntah la, kengkadang aku menyampah jugak dengan kepala angin dia. Tapi, tulah nasib seorang secretary. Kena suruh itu ini. Termasukla kena buat air dia sekali.
*
Sebelum aku lupa karang, dia ada pesan suruh blacklist nama budak yang patutnya datang keje hari ni. Tula...sia-sia je hidup. Lain kali orang telefon, angkatla. Esok je la aku telefon Jobstreet tu. Terasa malas plak, memandangkan aku nak berehat sampai ke time balik kerja karang. Dah lama tak godek blog, so nak menghabiskan masa la.
*
Baca blog Intan tadi...dah 90 post rupanya budak tu menulis. Aku...jangan harap la nak sampai banyak tu sekarang. Sebab dulu asyik terkandas je. Ntah, maybe sebab tak ramai yang tau blog aku. Cuma Intan dengan Diah je. Alamak, lapar plak rasa perut ni. Nak mencekik jap la. Agak2 apa yang sedap ye...Nasi goreng pedas okay jugak eh...

Tuesday, July 15, 2008

TUKAR...

Dah lama tak update blog aku. Hari ni aku tukar semua layout kepada yang biasa2 aje. Sorila kengkawan...aku buzy sangat. Bos aku buat aku jadik macam robot. Gile. Apa news yang baru. Anem dpt baby girl. Congrates. Tengokkan kat blog dia, aku tak tau mcm muka sapa. Kak Yan plak bertunang...Bagusla.
*
Last week, hari Sabtu...aku keluar dengan Harlin kejap. Bawak anak aku sekali. Laki aku tak ikut. Yela, pejadah nak bawak dia. Ada la dalam 2, 3 jam jumpa. Makan2 kat Marrybrown...pastu teman Harlin beli barang sikit. Lupa nak bawak kamera. Kalau tak boleh amik2 gambar sikit.
*
Apa aku nak tulis hari ni, aku pun tak tau. Last week, membawak la sampai ke minggu ni aku blur2 kat tempat keje. Sampai bos aku pun tanya...apsal you blur plak ni? Actually, last week patut dia pegi business trip kat oversea. Aku sampai dah plan nak goyang kaki sepanjang minggu. Sekali tak jadik pegi...tu yang aku frust. Buat keje apa semua tak jadik. Ni besok malam kemungkinan besar dia pegi Sarawak lagi. Nak memancing. Hai...mintak2 la jadik pegi.

Thursday, July 3, 2008

INTERNET ROSAK....

Hari ni the whole day aku tak online, sebab internet rosak. Sampaila pukul 5, baru boleh on. Boring juga, tapi adala keje nak disiapkan. Hish, besok mesti lagi boring sebab dah Jumaat. Sabtu aku dah gerak ke Melaka pepagi buta. Semalam, nasib aku malang betul. Nak dijadikan cerita, sepanjang pagi aku tak siapkan keje yang bos aku kasik kelmarinnya. Entahla...biasanya aku pagi2 memang settlekan keje untuk bos aku. Tapi, terasa malas plak. Ditambah pulak dengan instinct aku mengatakan bos aku takkan masuk ofis, sebab dari nada suara dia masa call aku pukul 12 tengahari...gamaknya dia macam baru bangun tido. So, aku buat bodoh jela. Lagila aku dapat tau dia baru dapat payment banyak dari client dia. Ingat dia pegi joli. Then, after lunch boleh ke pulak aku terasa mengantuk sangat, sampai memaksa aku untuk melelapkan mata kat meja aku. 2.30 petang, 'ting'...aku dengar bunyi pintu bukak. Jenguk2...eh bos aku. Pulak tu atas meja aku bersih je...takde apa kertas...monitor aku plak takde nampak aku bukak apa2 file. Ha kau...kena sergah. 'U takde buat apa ke? Kan ada kerja...' Ha...malu. Mampus aku. Nasib baik dia masuk kejap je. Then...terpaksala juga menghabiskan kerja2 terbengkalai. Disambung ke hari ni. Pun memaksa diri juga kena buat keje. Lagi la internet takleh pakai. Bila bukak, cik Zamose dah berteriak suruh update. Yelah Zamose...bacala puas2.

Tuesday, July 1, 2008

CORETAN SEBELUM BALIK KEJE....

Aku ni kalau dah posting memosting maksudnya bos is not around. Boring2 tadi aku call Harlin. Dapat jugak aku nombor talipon dia courtesy of cik Zamose. Ma kasih. Aku apa lagi...buat menambah bil telefon ofis. Nasib baik dia still stay kat Kota. Tapi...kesian kat cik kak tu. Banyak tak tau khabar berita kawan2. Yang aku tergelak besar...ni ha. Cik Zamose. Ko percaya tak apa dia tanya aku, bila aku cakap aku dapat phone number dari ko. 'Eh, Zamose bila nak kawin?' Aku la.... Cik Zamose dah beranak pun. Aku ckp masa aku dalam pantang, Zamose tengah pregnant 3 bulan (betul tak? Aku rasa itu yang aku dengar masa ko dtg umah aku). Hai....betul la kawan aku sorang tu.
*
cik Harlin tu pun, bukan nak sms aku ke apa ke. Aku bagitau dia, aku dah hilang nombor dia. Sapa delete? Tanya anak aku. Dia tot tet tot tet kat handphone aku, nombor, lagu...habis dibuangnya. So, in case ada reunion ke...aku terbawak anak aku, sila ambil perhatian untuk sembunyikan handphone masing2. Kamera tu semua. Lagi canggih, lagi dia suka untuk merosakkan. Janganla...Mati aku nak ganti. Aku ni sensitif sikit dengan istilah 'once broken, considered sold'.

Tak mau Godek lagi

Padan muka aku...Tula godek lagi blog. Tiba semalam je dengan tak semena-mena aku dah boring. Tambah tengah jawab tag cik Diah, aku tak save...komputer terus mati. Ha, ni namanya tak payah buat lagi. Tu yang aku jawab berapa kerat je Tag cik Diah, terus aku give up. So, hari ni aku rasa mcam nak buang je meter tu. Pulak bila aku tengok, sekali, dua kali pandang...apasal gabak sangat? Kalau kecik comel gak. Tengok2 design mcm takde yg kecik dan kebetulan aku rasa meter tu penipu, so baik buang je. Mcm menyemak aje.
*
Bengang kepala aku hari ni. Nak kata tak cukup tidur, takdela plak. Zati nyenyak je tak bangun susu. Cuma aku yang bangun nak kencing. Tengok katil dah banjir, Zati tak sedar plak dia bocor. Timbang pampers tu aku rasa sama berat dengan paket gula sekilo tu. Actually, aku mcm lupa yang aku jadik mak buyung lagi. Sebab perut takde rasa bergerak2. Nak buat persiapan awal lagi. Kalaupun nak dekat due date, takde apa yang nak dibeli. Semua dah ada. Stroller je ada dua bijik. Kelambu pun ada dua gak. Mainan Zati punya dah ada. Lagipun masa zaman Zati dia tak suka sangat mainan utk baby tu. Ada juga aku belikan...tapi apa nak buat, dia lebih cenderung dengan pinggan mangkuk, tupperware, cawan mak aku kat dapur tu.
*
Besok pagi mak aku sampai dari Kelantan. Esok dia cuti tapi Zati aku hantar jugak kat nanny dia. Mak aku mesti terbongkang penat esok. Sepanjang mak aku takde, kenala aku bangun awal sikit nak masak lauk Zati untuk hantar kat rumah nanny dia. Biasa mak aku yang masak, sebab dia jenis bangun pukul 5 pagi, sebab dia nak masak lauk kat umah punya. Ikutkan tak payah nak sediakan lauk, tapi kesian plak kat makcik tu. Ada 3 lagi anak orang yang dia jaga. Aku ni tak suka orang penat sebab nak jaga anak aku. Kalau boleh setakat mampu, bagi dia senang sikit. Jadik, dia jaga anak kite pun elok.
Hai...12.30 aku keluar makan. Rasa nak pegi Jusco jap, cuci2 mata. Masuk lambat sikit pun takpe. Wakaka...

Monday, June 30, 2008

GILA TAG

When I say I don't mind about this tagging thing, doesn't mean that you can give 4 tags. Diah!!!!!!!!!!! Apa la ko ni.
But see I can accomplished within 1 hour plus....

TAG NO. 1: HERE IN MY HOME
Aku rasa aku tak nak buat, sebab susah. Sori Diah

TAG NO. 2 :
Instructions: Remove ONE question from below, and add in your personal question, make it a total of 20 questions, then tag 8 people in your list, list them out at the end of this post. Notify them in their chat box that he/she has been tagged.

1. Do you believe in love at first sight?
Yes I do. Because that happens to me and my husband.

2. Have you ever felt stupid? Why?
I did. But unfortunately, can't seem to remember. Duhh..

3. Where is the place that you want to go the most?
My house

4. If you can have 1 dream to come true, what would it be?
Not to work, but still have money in my pocket throughout my life

6. If the weather is too hot, where will u go to make urself cooler?
In front of my fan, but if still hot in the toilet, taking a bath

7. If you win $1 million, what would you do?
Bayar hutang, then buy everything I've ever dream of, then invest

8. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?
Yes, and me ends up marrying him

9. Who are the top five people in the world you would wish to meet?
No one

10. What are the requirements that you wish from your other half?
Understanding and responsible

11. Which type of cars I love the most?
VOLVO XC90

12. Which do you prefer from your other half? hug? or a kiss?
Hug, because makes me feel very secure

13. If you have faults, would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?
Quiet

14. What do you think is the most important thing in your life?
Family

15. Are you a shopaholic or not?
Yes!!!!!!!!!!!

16. What peeves you the most?
Two-faced person

17. If you have a chance, which part of your character you would like to change?
Not being too sensitive

18. How many children do you want?
2 or 3

19. If given a chance, do you want to see your future?
No

20. Would you still be friend your best friend whom had betrayed your trust?
No, thank you

I think my friends are doing this tag

Saturday, June 28, 2008

Aku punya turn plak...

Tu hari cik Zamose telah mempromosikan Lilypie dia. Uih...bukan main lagi. Dah dapat letak kat blog masing2, beriya-iala menyuruh aku menepekkan mende alah tu. Aku org terakhir yang dapat buat. (Jangan masuk cik Anem...sbb dia anak tak keluar lagi. So, tak masuk dalam kategori wajib letak). OK nak dijadikan cerita, tadi aku menggodek2 blog orang lain. Dan tak semena2 aku ternampak Look-alike Meter tu. Nampak macam menarik, aku tryla buat. Ada leceh sikit. Tengok2 boleh attach kat blog. So, dengan rasminya aku mempromosi la kepada sesiapa yang berkenaan tu, boleh cuba letak. Cik Zamose kata nak letak, tapi dia kata layout kena tukar. Jadik...tu bukan alasannya. Hahaha. Kena letak jugak. Sebab aku nak tengok wajah cun jelita terbaru dia tu. Oh...aku tambah sikit. Aku letak mini ticker untuk anniversary aku. So, lepas ni aku takkan letak apa2 lagi accessories kat blog aku, sebab aku rasa blog aku dah macam kereta berhias. Berwarna-warni sangat. Tadi pun aku sesaja message Diah. Nak tanya khabar. Apa jadik dengan bride-to-be tu. Senyap je. Rupanya sibuk kat sekolah. Ada apa ntah, aku lupa. Dia bagi tau tadi. Dia mention yang dia jumpa cikgu Hamizah kat situ. So, aku remind dia yang dia dah kena tag dengan cik Zamose, dan harapnya dia dapatla update blog dia termasuk sila2 la singgah kat blog kengkawan yang dah berubah wajah masing2. Hmm...tengok gaya bila la aku nak berjumpa dengan cik Diah ni.....

Friday, June 27, 2008

2nd Post for the Day...

Ari ni aku tengok bebudak ni letak sampai 2 posts kat blog masing2. So, aku pun nak tirula. Topic yang aku nak bring up kat sini ialah things that I dream of having, tak kisahla bila pun. Ada rezeki hopefully dapat capai impianku ini....



1. My dream car : VOLVO XC90


*

2. My daughter's wardrobe collection : Oshkosh B'gosh (Very classic type of kids wear)


*

3. My own house, fully furnished by English style, with cute set of my own children' playground in the yard.


*

4. To have a family vacation : Anywhere will do


TAG...Tak penah tahu maksudnya

Aku pernah kena tag, tapi tak tau apa benda, dan tak mau ambik tau satu masa dulu (sebabnya tak berapa aktif dalam dunia blog). Dengan tetiba aku kena Tag dengan Zamose. Nasib baik senang nak buatnya. Kalau yang bukan2 nak godek sana sini, jawabnya...malasla aku.
*
1 minit lalu, apa yang anda buat
Baru lepas mencekik, tak sempat tunggu lunch break, sebab lapar. Takde orang takpe....
*
1 hari yang lalu, apa anda buat
Ni aku agak semalam kot (betul ke Zamose?). Menghabiskan work load yang banyak pending. Plus...dapat handphone sponsorship dari bos aku untuk sepanjang aku keje kat sini. (Kalau berenti, pulang balik). Hmmph, lokek orang tua ni.
*
1 hari lagi apa anda akan buat
Stay kat umah the whole day sampai mak aku pegi Kelantan untuk kursus. Then, hantar dia dengan kawan dia kat bus stand.
*
1 orang yang terakhir menelefon kamu
Bos aku menanyakan passport dia dah sampai kat ofis ke belum. Pastu dia nak ambik, pastu dia balik Singapore. BALIKLA......... Dan aku hooray......
*
1 makanan yang baru dibeli
Sup nasi ayam (sup aje) dengan daging lembu masak lada hidup. Saja nak top up kat bekal aku
*
1 barang yang baru hilang
Ntah ek...macam takde. Oh, kasut Zati nyaris hilang sebelah semalam. Rupanya satu kat bakul mainan, satu lagi baru jumpa pagi tadi dlm toddler bag dia
*
1 cerita yang baru ditonton
Sama macam Zamose. Ezora. Bukan peminat setia pun. Sebab balik keje terus duduk depan TV kejap, sampai Maghrib, baru masuk bilik.
*
1 hal terakhir yang digossipkan
Takde kut. Belum chat dengan cik Intan lagi. So, tak tau apa cerita dia kat sana. Aku kat sini bergossip dengan tembok je
*
1 kata yang ingin diluahkan
Takde...sebab dah terluah.
*
1 buku yang sudah dibaca
Buku masak memasak kot. Tapi tak hafal la
*
1 penyakit yang sering datang
Recently la...pening kepala dengan semput
*
1 keinginan
Nak jalan-jalan (kat JB), shopping-shopping (kat Jusco), makan-makan (kat Nandos)
*
Akhirnya...first Tag yang aku dah buat.
Sekian, terima kasih.

Thursday, June 26, 2008

Blurr....

Arini dah Khamis. Pejam celik je. For all you know esok dah Jumaat. This week bos aku ada kat ofis. Memandangkan semalam dah sibuk nak mampus, so hari ni kurang sibuk la. Plus, my boss calls one candidate for 2nd interview. Fortunately, she actually accept the job offer, though the salary is not that high (for me lah). Alah, memangla keje tak berapa banyak. Then, bila budak tu balik je, my boss actually confessed to me that the girl is too young and probably she won’t stay long in the company. Pada aku la, memangla budak2 je yang boleh ambik gaji banyak tu. Kalau nak someone yang capable of doing a lot of things, gaji dah kena adjust tinggi sikit. But then, boss aku try je ambik budak tu (daripada takde). So, aku la yang kena train dia. Harap2nya dia boleh catch up dengan cepatla. Kalau tak aku jugak yang susah.

Ni mana ni, daripada tadi aku tunggu bos aku tak balik2 dari bank dengan 1st PA dia. Takpela…stay la lama2 kat luar. Karang tau2 dah kul 6. Aku boleh terus balik. Actually, lepas aku siapkan keje tadi..tetiba plak aku jadik blurr. Ntah kenapa. Macam otak aku totally kosong. Taknak fikir, taknak apa.


This weekend mak aku takde. Starting from Sunday to Tuesday. Pegi Kelantan, ada kursus pencen. Dia actually pencen bulan December, but then cuti dia ada 2 bulan lagi. So, dia ambik cuti terus on October. Pencen awal la kiranya. So, I’m not sure whether nak plan pegi mana2 tak hari Ahad nanti. Because next week, we are planning to go to Melaka. Gi umah mentua aku. So, nak pakai duit banyak gak tu. Shopping for necessities tu kena la. Takpela, aku ajak je la husband aku gi shopping jap Ahad ni. Lagipun nak belikan baju baru untuk Zati. Dah survey last week. Ada satu Dungaree Overall. Cute plak. Mintak2 ada lagi kat Jusco tu.

Tuesday, June 24, 2008

Selasa pulak.....

Aku ni tulis blog hari2, mcm org tak betul namanya. Buat mcm diari la konon. Tapi, mana boleh mcm diari sangat. Terkejut orang membacanya. Hari ni aku berjangkit penyakit cik Intan semalam. Tapi, untuk mengubatkannya, aku takde la rasa nak meletak gambo kawin aku. Lagipun takde pada aku sekarang. Mana ntah aku letak. Yang dalam album gambar ada la. Nak kata aku ikut cuaca semasa, takdela pulak mendung2 nak ujan. Bosan la. Nak bercakap dengan orang, kat sini takde orang. Tembok2, meja, kerusi, ada la. Nak ilang boring sikit, dapatla bercakap dengan cik Intan. Tapi, bukannya dapat keluar suara. Bercakap pakai jari je. Tu pun cik kak tu kejap ada, kejap tak.
Ikutkan...patutnya tak payah gi keje je. Baikla aku stay rumah dengan anak aku. Dalam keadaan macam ni anak aku la segala-galanya. Kalau tengah sedih, marah, dia la pengubatnya. Hish, bosannya. Tambah lagi...belum payday. Se'eh betul.

Monday, June 23, 2008

Isnin lagi...

This time around, kalau orang tanya aku...memang tengah tak bz. Actually, aku sibuk. Memandangkan bos aku macam dah tak ingat dia ada ofis, so most of the works stop kejap. Yelah, without his knowledge, aku takleh suka2 nak buat. Lainla kalau aku salah satu authorised person untuk sign cheque. Uih...apa tak melenting aku dibuatnya. Suka la aku. Dia tak masuk pun takpe. Tapi dengar cerita dari PA dia yg lagi satu, dia akan masuk minggu ni. Masukla. Pastu karang dia mengamuk sorang2. Dalam pada banyak benda pending, dia boleh pegi melancong.
Hujung minggu tu hari, memang boring. Bila aku baca blog Anem, betul apa yg dia cakap. Kalau dulu minyak tak naik harga, dah lama aku bawak anak aku jalan2. Tapi...dah naik ni, kenala tahan nafsu sikit. Yelah, kalau gatal2 tangan nak keluar jugak, gamaknya aku pegi keje jalan kaki la. Kalau dah jalan walaupun window shopping, mesti nak makan plak. Takkan nak bawak bekal. Bukan kat taman bunga. Kat shopping complex, buat mcm tu...ada pelik sikit. Nak tak nak, tunggu payday jela. Satu kali jalan, seharian, dari pagi sampai malam. Kat rumah tu hari, nak masak apa pun tak tau. Tengahari buat telur masak kicap...sebab laki aku suka makan telur. Petang buat sardine roll. Rajin tak rajinla. Daripada tak buat apa.

Friday, June 20, 2008

Coretan Time Takde Mood Nak Keje

Baru semalam aku tulis blog. Ari ni aku nak cakap Melayu.Asyik ckp omputih, bengong jugak rasanya. Ofis takde orang. Tinggallah aku terkangkang kat sini. Mujur ada kengkawan yang sudi menemani diri ini. Cewah...Yelah, kalau tak busy bolehla borak2. Tapi takkan hari2 nak borak. Macam takde keje pulak. Bukan jadik manager, hari2 takyah buat keje. Doklah berpura2 depan komputer menekan-nekan keyboard. Buat apa, rupanya bercot cet kat internet. Tengah ada semangat nak buat blog, baik buat. Ini adalah hasil usaha dan idea daripada cik Intan kita. Memula cik kak tu berangan nak letak jam. Sudahnya, dalam pada aku tengah pening2 lalat baru lepas muntah, ntah apa jadahnya aku gi letak jam kat blog aku. Hentam punya hentam...jadik plak tu. Walaupun tak lawa, adala rupa batang idung jam tu. Pastu Intan ajak masuk conference room....Pening jugak sebab tak biasa masuk. Topik kita hari ni ye murid2, mesyuarat tingkap yang mengisahkan ibu2 meluahkan apa yang dikategorikan sesuai untuk tatapan ibu2 dan bakal2 ibu. Sesapa yang single tu digalakkan turut serta untuk mempercepatkan lagi pembinaan masjid yang masih belum terbina. Then...dah sudah mesyuarat aku update la semula blog aku dengan menambah ruangan cakap2 dan my own personal juke box. Lagu ada 4 ketul je. Jap gi tambah lagi. Nak test2 dulu. Takdela...tengok blog orang lain cantik2, kreatif plak tu. Aku ni bolehla dikatakan tak berapa tinggi pengetahuan dalam bab2 blog ni. Tu pasal la, dulu2 blog aku asyikla tak menjadi. So...harap2 kali ni menjadikla dan berpanjangan selama yang boleh untuk dijadikan kenangan.

Thursday, June 19, 2008

3rd week of JUNE 2008

Okay...First thing first. BOS TAKDE!!!!! Yey....Not only for today. But, for the whole week. Guess where did he go? Fishing. In Sarawak. He's a fish lover. Not to say normal fish..but salted type. But that's not the right answer to give to his client, whenever I received their calls. The answer will always be 'BOS? HE'S OUTSTATION'. Hmm...kind of bored thinking there's nothing to do. I just recovered from my athma. Not fully recovered...since I can't take my normal medication due to early pregnancy. I suppose to have one interview appointment today at 11. So, I'll be conducting the interview in a while. Let her fill up those 4 pages form. It's not a big position to fill up anyway.
Starting from last week till today, I've been chatting all the while with Cik Intan. She's the only who's always online. Not to say always....but most of the time she's there to accompany me. From her, I manage to chat with Aisyah too. It's good to get together with old friends. Ooohhh...what to say. She's getting feminine. Cunla Esah. Good for her she's been involving with the entertainment business for her spare time, as extra roles in quite a few dramas. Congrates girl. As for yesterday, chat for a few minutes with Anem. Going to be a mother next month. Good luck and hopefully everything will go smoothly. And today...finally Cik Intan decided to update her blog...after a long time. At least she got something to do too...
Okay, times up. Have to stop first. The girl already called me. 'Okay, miss. I'm done'.

Tuesday, June 10, 2008

Unpredictable Pregnancy...

Why do I come up with that topic today? For no reason...but unlikely it's me who's facing with that situation. After I gave birth to Zati, we didn't plan to have another one and didn't plan not to have another one. Neither one...sounds strange. On the other hand...based on medical advise, the doctor advise every mother to have a second child after 2 years period from the first birth. My case...oklah. Haven't reached 2 years yet, but thinking that I'm going to be 30 in 3 years time, it's better have kids before 30. But that depends on our rezeki. My husband always tells me, though we may not be rich, don't think that to raise our children is a burden. Because, that's a gift from Allah. Our children are the one that's going to change our life to be better.
Though we just officially told by the doctor during the past 4 days, actually we already know for a about a month. Realizing that my period has stopped, started to have morning sickness, the usual symptom that I experienced before...we thought that I might be pregnant again. Surprised...until I didn't tell my mum. But, still...I think she knew all along. The reason that I'm not telling her is that...she once told me to plan for my second pregnancy. From my understanding, she might hope to have a second grandchild when Zati is around 3-4 years old. Well, what can i say. This one is really unpredictable. I don't really care whether I'm going to have a girl or boy this time. For me, it's still the same. Though most people out there tend to have a pair. What I hope is hopefully he/she is safe & healthy.

Friday, June 6, 2008

Minyak naik

Terrible...That was my first word hearing of the petrol price increment. Ini macam jalan kaki la pegi keje. Very unlucky for the year of 2008. Everything naik. Household, petrol, transportation fares. That leaves everyone with no choice. This shouldn't happen you know. For those highly earned folks, this won't be their major problem. They still can manage to fulfill their satisfaction, wheras for people like me...the necessities have to come first which now I can say cukup-cukup makan. See how la. Might want to think of getting myself a bicycle and travel all the way to work. Wa...How is it going to be leh....

Monday, May 12, 2008

Dizzy....


Alamak...monday mood + headache. I can hardly woke up this morning. Some more, I'm quite hungry...realizing I didn't eat anything last night. Starting of every week is always tiring, thinking have to go to work the whole five days, what are the workloads coming on my desk, so on and so on. Isn't it great if I just can stay at home, watch TV the whole day and night. But, what to do. That's life suppose to be. Have to cari rezeki. Actually, imagine life at home as a full house-wife. More tiring than being a working woman. I suppose to meet Diah last Sunday...but have to reschedule back to other date. Seem tak kena leh...her invitation was at Gelang Patah. I was surprise as I asked Diah how are we suppose to meet if both of the location are considered as 'satu sana, satu sini'. Diah, Diah. I don't mind actually. Maybe she was too busy with the school. Then...don't forget my Nando's. Don't mind my husband. He won't be sitting in front of us, listening to all our girl talk, as my daughter is not used to sit at one place for more than half an hour. So, the father have to entertain her.

My girl just got her new 'toncet'. Pity...her hair can't grow that fast as other babies. So the latest pic I got from our 'jalan-jalan cari makan' at Jusco Tebrau....her favorite place.