05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Tuesday, August 19, 2008

TAG

Yang ni aku kasik homework kat bebudak ni. First time nak tag orang. Tapi tak taula korang dah penah buat ke belum. Sebelum tu syarat2 tag ni ialah:

*
1. Cerita ini benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu mengetag paling kurang 3 orang rakan anda
3. Tempoh tag bermula dari masa ia dicipta (Tak tau bila) dan tamat pada 21 Ogos 2008.
4. Jawab dengan SEGERA apabila anda di tag
5. Perlu ada 5 kisah "Pertama"

*
PERTAMA

Pertama kali bercinta. Ni aku tak masuk kisah aku berendut sebelum berjumpa dengan laki aku. Sebab aku bukannya bercinta pun. First time aku bercinta sebenarnya dengan laki aku la. Walaupun pada asalnya kitaorang cuma member kat chatroom tu, tapi sebenarnya aku memendam perasaan dengan dia. Apala aku ni pun. Masa tu aku bukannya tau rupanya macamana. Kut dibuatnya muka dia hodoh giler. Ish, cabut lari aku masa tu jugak. Tak guna la tiap2 malam aku berangankan dia. Tapi, bila tanya kat laki aku, masa tu dia takdela plak rasa mcm nak bercintan dgn aku. Takde perasaan pun. Kira aku ni syok sendiri. Dah jumpa, tot tet tot tet, barula bercinta. Siap declare konon. Ceh...

*
KEDUA
Pertama kali bekerja. Ni kiranya aku anggap lepas grad. Seingat aku la, aku keje kat bandar. Jadik receptionist cum clerk. Gaji selama-lamanya RM800. Betul2 macam budak SPM. Tapi, kerja tak stress. Bos pun baik. Kerja banyak goyang kaki. So, tu sebabla aku tak selama-lamanya kat situ. Nak buat apa. Setakat nak merasa duit sendiri dengan macamana rasanya bekerja.

*
KETIGA

Kereta pertama aku. Perodua Kenari 1000cc Auto kaler merah mak ngah. Masa tu arwah bapak aku baru meninggal. So, mak aku dah jual van bapak aku kat kedai yang dia beli tu. Yelah, sapa plak nak bawak van tu. Aku mana reti. So, masa tu cepat2 aku ambik lesen kete, terus angkat kete ni. Asalnya aku nak Myvi. Tapi masa tu Myvi baru launch. So, nak tunggu order lama giler. So, angkat ajela kete Kenari yang dah tersedia ada kat Perodua tu. Sampaila sekarang aku duk bawak kete merah tu gak. Kut aku banyak duit kang, tak tau nak beli kete lain ke, tukar kete ke. Ni berangan je la
*
KEEMPAT
Pertama kali kawin. Ni harapnya pertama dan terakhir. Tak maula kawin kali kedua plak. Mintak dijauhkan. Aku buat majlis kecik aje. Disebabkan bapak aku dah takde, jadik rasanya tak best kalau nak berkompang sana sini. Lagipun aku tak nak bazir duit dan tak nak memenatkan mak aku. Masa tu jugala dugaan datang. Yelah nak buat benda baik ni, ada aja dugaan. Adik beradik belah arwah bapak aku menentang habisan aku tak buat majlis besar. Takde sanding, takde khemah. Pastu tunang seminggu awal dari kawin. Tu pun mak aku dengan sepupu dia yang uruskan. Sebab belah arwah bapak aku kat Muar. So, setakat tunang aku taknak susah2 dtg jauh2. Lagipun belah laki aku yang datang umah aku. So, takde hal pun. Tapi, diaorg salah anggap. Jadik diaorg pulaukan aku taknak dtg majlis. Taknak sudah. Aku peduli apa. Jadi dah taula perangai sebenar diaorg. Sabar jela. Aku pun bgtau gak kat kawan. Nak dtg aku alukan. Cuma takde kad la. So, sorila kalau ada yang terasa hati.
*
KELIMA
Pertama kali bergelar ibu. Kalau namanya first time beranak, ikutkan aku tak nak lalui lagi. Tapi, dah lumrah hidup. Otomatik akan rasa nak beranak lagi. Pulak tu aku bersalin tanpa suami dan mak di sisi. Salah aku jugak. Aku yang suruh diaorang balik umah tidur. Mana nak tau. Masuk wad kul 1 pagi. Bukak baru 3 cm. So, aku agak mcm besok siangnya aku beranak. Tapi, disebabkan aku sakit perut yang terlampau, tu pasal diaorang paksa bersalin awal. Yang aku ingat, misi bawak aku pegi labour room masa tengah azan Subuh. Teran2 tak mau keluar. Last2, kena ikat kaki pastu teran la. Sampai kul 7 pagi. Penat betul. Laki dan mak aku dtg hospital kul 7.30 pagi. Tengok kat wad, aku takde. Rupanya aku dah bersalin. Jeng3. Sebijik muka laki aku. Gelap sikit la. Nama...Nur Aliah Izzati diberi selepas umur 3 hari.
*
SO, aku akan tag orang yang berkaitan:
1. Intan
2. Zamose
3. Diah
4. Anem. (Jangan buat2 lupa plak)

3 comments:

zahidah seran said...

hadoiiii hadoiiiilllaaaa..byknye homework sejak menjak nie

A.L.O.N.G said...

sapa yg start dulu?
hahahah

intanz said...

Siap!!