05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Thursday, July 31, 2008

ANGIN SATU BADAN

Ish, angin satu badan aku hari ni. Nak dijadikan cerita, aku dah gagal menghadirkan diri untuk pemeriksaan susulan kat klinik ibu mengandung. Aku ni, kalau diaorang buat check-up setengah jam sorang, dah lama aku merajinkan badan aku untuk pegi. Ini tak. Aku pegi buat kad merah bulan lepas, dari pukul 8 lebih membawakla ke pukul 12. Apa jadahnya. Habis...aku tak payah kejela?
*
Tadi masa lunch, aku pegila klinik swasta. Sebab, mak aku bagi tau, cik misi bagitau mak aku, nak kena datang untuk scan dan jumpa doktor. Aku ni kan, misi2 tu kalau cakap dengan mak aku baikla pulak. Mentang2 la kenal. (Tau segan)..So, aku pegi la klinik swasta buat scan, siap print lagi menda alah tu, nak kasik diaorg tengok, kalau dibuatnya tak percaya. Pastu, tepon la klinik ibu mengandung kat Kota Tinggi tu. Hai...dimarahnya aku balik. Dia kata, mana boleh tak datang langsung. Nanti apa2 hal jadik, sapa susah. Hotak kau. Sapa cakap tak nak datang terus. Aku kata, aku ni susah nak dapat MC. Korang tu kalau check, dahla berjam2. Bodoh betul. Aku sound la balik. 'Cik, saya ni nak inform je. Nanti senang, you all ada rekod yg saya dah pegi scan baby'. Sabar je tengah2 mengandung ni. Dugaan....

Friday, July 25, 2008

SLUMBER PARTY

Tiap2 hari, lepas aku balik keje...dah makan2, mandi aku terus masuk bilik. Lepak2 dengan Zati & laki aku. Dalam handphone tajaan company aku, ada satu klip Finding Nemo. Adala dalam 2, 3 minit kut. So, anak aku suka tengok benda alah tu. Laki aku la yang tolong pegangkan handphone, kasi Zati tengok. Ni adalah gambar slumber party malam tadi punya








Thursday, July 24, 2008

HOMEWORK FROM MY FRIEND

1. NAMA TIMANGAN OLEH ORG TERSAYANG
- Along, Nor, Yang

2. ANDA SEORANG YANG....
- Suka shopping (kalau takde duit, window je)
- Suka tengok favorite movie banyak kali
- Sensitif
- Mudah nangis (waaaaaaaa)

3. INSAN TERISTIMEWA. DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DI MATA ANDA
- Suamiku Isz : Uniknya percintaan kami yang bermula dari internet
- Anakku Zati : Penawar jiwa dan ragaku. Kalau sedih, tengok muka dia

4. MAKANAN FAVORITE ANDA
- Sambal petai, Tomyam, Apa2 fast food

5. FAVORITE CLOLOR
- Merah, dan warna lembut2

6. FAVORITE SONG
- 8th World Wonder - Kimberly Locke

7. SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS
- Orang tak paham bahasa

8. 3 BENDA YG MESTI ADA DLM HANDBAG ANDA
- Make up set, Wallet, Handphone

9. KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS BERIYA-IYA. KENAPA?
- Minggu lepas kut. Biasala...hal rumahtangga.

10.TAG 5 RAKAN ANDA
- Diah dah tag kan...TQ

THURSDAY...HARI JADI KU BERTIGA

Hah....Dah habis keje aku kat ofis. (Dah habis ke?....). Takdela, setakat arahan dari bos aku, dah habisla. Hari ni lapang rasanya dah tak kelam kabut busy. Plus, aku baru baik dari semput. 2 days ago....pukul 3 pagi aku sms bos aku dengan PA dia sekali. Aku cakap aku tak larat nak datang keje. Early in the morning aku pergi Emergency Room, sedut gas. Nasib aku MC. Seharian aku lemah longlai. Dengan laki aku sekali aku drag MC. Nak suruh jaga aku. (Ahahahahah...jahat aku). Bile aku naik keje, bos aku tanyala khabar...itula inila...Baik pulak orang tua ni. Then terus dia suruh aku prepare cek gaji. Uih...bestnya. Tapi dia belum signla. Next monday baru sign. Macam ni tiap ujung bulan aku nak buat2 sakit. Boleh dapat gaji awal.
*
Akhirnya, wujudla seorang staff lagi kat ofis aku. Yesterday baru report duty. Cuma, first day at work...datang lambat. 10.30 baru sampai ofis. Dia kata naik bas, kete accident tu hari masuk bengkel. Before that aku ada call dia...tak pick-up phone pun. Bos aku call ofis, spot check la. Bila dia tahu datang lambat...dia marahla. Then dia suruh aku campak keje banyak2 kat dia. Aku ada remind dia suruh bawak bill hospital yang kata dia accident tu hari. Sampai hari ni tak bawak. Dia kata lupa. Dalam hati aku cakap, nasib dia memang baik. Semalam dengan hari ni bos aku tak masuk ofis. Tinggal kasi chance sampai esok la. Kalau dia tak bawak...aku tak tau la. Takut esok bos aku masuk. Tapi nak expect apa...umur 20. Bayangkanla macamana pemikiran dia.
*
Sampai ke hari ni aku tak gi medical check-up. Baby dah gerak-gerak sikit. Kalau Zati tau...mesti dia suka. Kadang2 tu ditepuk2 perut aku ni kuat2. Cik kak dengki tu. Kalau aku dapat anak perempuan lagi...mesti dua beradik ni bergaduh kejenya. Apa perkembangan Zati...dah boleh sebut dua tiga patah perkataan. Certain arahan dari aku dan laki aku...dia dah paham. Alhamdulillah. Seronok tengok perkembangan anak sendiri. Aku ada terbaca kat suratkhabar tu hari. Kalau tak nak anak derhaka dengan kite...tiap2 malam masa dia dah tidur, rajin2 cium dahi dia. Insyaallah...dia patuh dengan mak bapak. Sejak tu aku buat tiap2 malam.
*
Alamak...cakap pasal Zati, tu hari ada ambik gambar dia tengah posing depan pintu. Ingat nak letak kat blog. Kamera plak tak bawak harini. Kabelnya pulak aku bawak. Pejadah plak aku ni. Anyway, last week akak ipar aku ada e-mail aku tarikh bulan Islam kitaorang tiga beranak.

MY HUSBAND - Thursday, January 25, 1979 - KHAMIS, 25 SAFAR 1399
ME - Thursday, January 01, 1981 - KHAMIS, 24 SAFAR 1401
ZATIE - Thursday, April 05, 2007 - KHAMIS, 17 RABIUL AWWAL 1428

Thursday, July 17, 2008

LAPAR

Aku ni dah petang, terasa lapar. Sebab pukul 11 pagi aku dah makan tengahari. Tetiba timbul plak keinginan nak makan macam-macam. Siang tadi dapat duit rebate motor (laki aku punya la). Alah, 150.00 je. Aku pakai nak renew lesen kete aku yang dah nak dekat setahun mati. Kalau aku tak renew, satu keje plak. Sebab dari lesen P ke lesen penuh. Nasib baik telepon JPJ check takde sangkut apa2 saman. Saman ada…traffic la. Aku rasa dah 3 saman aku kena. Tapi semua saman tembak. So, tak risau kena blacklist la. Esok aku gi buat lesen tu.

*
Sambung cerita pasal makan tadi…aku dah berangan macam2. Pizza hut la…Domino’s Pizza la…Tapi kalau nak murah kena order untuk delivery punya. Ada la dalam 30 ke 40 inggit kut untuk makan 6 beranak kat rumah tu. Tetiba baru terlintas kat fikiran aku. Nak puas makan…baik aku order Nasi Ayam Baser. Sebab pada aku…itu yang murah dan sedap giler. Dulu2 masa zaman universiti kalau balik Kota, aku mesti jumpa Harlin berdating kat Restoran Baser. Bagi sesapa yang datang Kota singgahlah kat Restoran Baser. Ada 3 bijik kat Kota tu. Pilih ajela. Kalau aku order untuk family aku, aku mesti beli ayam sekor (kasi potong) campur dengan nasi 8 bungkus. Semua sekali nak dekat 30. Kalau beli satu set dalam bungkus polysterine tu…ada mahal sikit la. Uih, tak sabar nak balik umah, makan nasi ayam Baser.

RUPA-RUPANYA.....

Kesinambungan dari cerita semalam, rupanya budak yang kena masuk keje tu telah ACCIDENT masa on the way nak datang ofis aku. Accident dengan lori plak tu. Baru tadi dia call aku dari hospital. Katanya esok dia keluar wad...then lusa dia nak masuk keje. Tak sampai hatila plak. Aku pun bagitau la kat dia, memandangkan bos aku 'outstation' (konon2), better tunggu sampai orang tua tu balik. Mana tau dia kasi kelonggaran masuk keje bulan depan terus ke. Alah, pada aku bukan urgent sangat nak pakai orang. Yela...orang susah, kite tolong.
*
Patutnya pagi tadi aku nak mengular pegi buat medical check-up untuk perut aku ni. Ingat 7.30 aku nak terus pegi klinik. Then 7.30 ada lagi kat rumah, tak mandi lagi. Ditambah pulak instinct aku mengatakan, tak payah pegi check up dulu la. Jadik, baik batalkan aje. Lagipun aku takde mood hari ni. Boring gitu. Napa boring, aku tak tau.
*
Apsal la semua tak online. Tanya Harlin, internet kat tempat keje dia tak okay lagi. Yang lain2 macam sibuk je aku tengok. Time aku tak busy, orang lain plak busy. Karang aku busy, orang lain plak tengah bersenang lenang. Ni ha...aku sampai sambung post aku pagi tadi punya. Malas nak buat posting baru.

Wednesday, July 16, 2008

A GIRL WHO NEVER TURN UP....

Suppose today, ada la sorang new staff kena report duty. Tapi, takde. Puasla aku call budak tu. Telefon on, tapi takde orang pick up. Aku rasa dia tak nak masuk keje. Dah tu, yang hari bos aku interview dia, pegi accept buat apa. Ngong betul. Dasar budak lagi. Umur baru 20 tahun. Hish, buat perangai. Takde imagination langsung. Kalau aku jadik dia, jawab je la phone call. Pastu...pepandai la goreng. Cakap dah dapat keje tempat lain ke, kena pindah tempat lain ke...Dah la apply guna Jobstreet. Kalau bos aku blacklist kan dia, mampus tak dapat carik keje guna Jobstreet lagi. Ni karang...kenala interview semula candidate lain. Aku ni dahla malas nak buat benda2 tu semua.
*
Sehingga ke saat ini...dah pukul 2.50 petang. Batang hidung bos aku tak kelihatan lagi. Masuk ke tidak orang tua ni. Malam karang...
Ha kat sini aku terhenti jap, sebab tetiba je aku nampak sebuah kete yang orang kata 'macam kenal jek'. Ha kan...betul tak aku cakap. Bos aku. Melompat aku lari kat tempat aku semula. (Tadi aku menaip kat depan). Pastu...buat2 buzy la. Taip sana sini. Agak-agak dalam sejam jugak dia duduk kat ofis. Then...dia pun kuar. Ni aku baru bukak balik blog aku, nak sambung tulis. Uih, betapa seronoknya aku. Bos takde the whole week ni. Hmm, apa tak sambung je sampai ke minggu depan. Ntah la, kengkadang aku menyampah jugak dengan kepala angin dia. Tapi, tulah nasib seorang secretary. Kena suruh itu ini. Termasukla kena buat air dia sekali.
*
Sebelum aku lupa karang, dia ada pesan suruh blacklist nama budak yang patutnya datang keje hari ni. Tula...sia-sia je hidup. Lain kali orang telefon, angkatla. Esok je la aku telefon Jobstreet tu. Terasa malas plak, memandangkan aku nak berehat sampai ke time balik kerja karang. Dah lama tak godek blog, so nak menghabiskan masa la.
*
Baca blog Intan tadi...dah 90 post rupanya budak tu menulis. Aku...jangan harap la nak sampai banyak tu sekarang. Sebab dulu asyik terkandas je. Ntah, maybe sebab tak ramai yang tau blog aku. Cuma Intan dengan Diah je. Alamak, lapar plak rasa perut ni. Nak mencekik jap la. Agak2 apa yang sedap ye...Nasi goreng pedas okay jugak eh...

Tuesday, July 15, 2008

TUKAR...

Dah lama tak update blog aku. Hari ni aku tukar semua layout kepada yang biasa2 aje. Sorila kengkawan...aku buzy sangat. Bos aku buat aku jadik macam robot. Gile. Apa news yang baru. Anem dpt baby girl. Congrates. Tengokkan kat blog dia, aku tak tau mcm muka sapa. Kak Yan plak bertunang...Bagusla.
*
Last week, hari Sabtu...aku keluar dengan Harlin kejap. Bawak anak aku sekali. Laki aku tak ikut. Yela, pejadah nak bawak dia. Ada la dalam 2, 3 jam jumpa. Makan2 kat Marrybrown...pastu teman Harlin beli barang sikit. Lupa nak bawak kamera. Kalau tak boleh amik2 gambar sikit.
*
Apa aku nak tulis hari ni, aku pun tak tau. Last week, membawak la sampai ke minggu ni aku blur2 kat tempat keje. Sampai bos aku pun tanya...apsal you blur plak ni? Actually, last week patut dia pegi business trip kat oversea. Aku sampai dah plan nak goyang kaki sepanjang minggu. Sekali tak jadik pegi...tu yang aku frust. Buat keje apa semua tak jadik. Ni besok malam kemungkinan besar dia pegi Sarawak lagi. Nak memancing. Hai...mintak2 la jadik pegi.

Thursday, July 3, 2008

INTERNET ROSAK....

Hari ni the whole day aku tak online, sebab internet rosak. Sampaila pukul 5, baru boleh on. Boring juga, tapi adala keje nak disiapkan. Hish, besok mesti lagi boring sebab dah Jumaat. Sabtu aku dah gerak ke Melaka pepagi buta. Semalam, nasib aku malang betul. Nak dijadikan cerita, sepanjang pagi aku tak siapkan keje yang bos aku kasik kelmarinnya. Entahla...biasanya aku pagi2 memang settlekan keje untuk bos aku. Tapi, terasa malas plak. Ditambah pulak dengan instinct aku mengatakan bos aku takkan masuk ofis, sebab dari nada suara dia masa call aku pukul 12 tengahari...gamaknya dia macam baru bangun tido. So, aku buat bodoh jela. Lagila aku dapat tau dia baru dapat payment banyak dari client dia. Ingat dia pegi joli. Then, after lunch boleh ke pulak aku terasa mengantuk sangat, sampai memaksa aku untuk melelapkan mata kat meja aku. 2.30 petang, 'ting'...aku dengar bunyi pintu bukak. Jenguk2...eh bos aku. Pulak tu atas meja aku bersih je...takde apa kertas...monitor aku plak takde nampak aku bukak apa2 file. Ha kau...kena sergah. 'U takde buat apa ke? Kan ada kerja...' Ha...malu. Mampus aku. Nasib baik dia masuk kejap je. Then...terpaksala juga menghabiskan kerja2 terbengkalai. Disambung ke hari ni. Pun memaksa diri juga kena buat keje. Lagi la internet takleh pakai. Bila bukak, cik Zamose dah berteriak suruh update. Yelah Zamose...bacala puas2.

Tuesday, July 1, 2008

CORETAN SEBELUM BALIK KEJE....

Aku ni kalau dah posting memosting maksudnya bos is not around. Boring2 tadi aku call Harlin. Dapat jugak aku nombor talipon dia courtesy of cik Zamose. Ma kasih. Aku apa lagi...buat menambah bil telefon ofis. Nasib baik dia still stay kat Kota. Tapi...kesian kat cik kak tu. Banyak tak tau khabar berita kawan2. Yang aku tergelak besar...ni ha. Cik Zamose. Ko percaya tak apa dia tanya aku, bila aku cakap aku dapat phone number dari ko. 'Eh, Zamose bila nak kawin?' Aku la.... Cik Zamose dah beranak pun. Aku ckp masa aku dalam pantang, Zamose tengah pregnant 3 bulan (betul tak? Aku rasa itu yang aku dengar masa ko dtg umah aku). Hai....betul la kawan aku sorang tu.
*
cik Harlin tu pun, bukan nak sms aku ke apa ke. Aku bagitau dia, aku dah hilang nombor dia. Sapa delete? Tanya anak aku. Dia tot tet tot tet kat handphone aku, nombor, lagu...habis dibuangnya. So, in case ada reunion ke...aku terbawak anak aku, sila ambil perhatian untuk sembunyikan handphone masing2. Kamera tu semua. Lagi canggih, lagi dia suka untuk merosakkan. Janganla...Mati aku nak ganti. Aku ni sensitif sikit dengan istilah 'once broken, considered sold'.

Tak mau Godek lagi

Padan muka aku...Tula godek lagi blog. Tiba semalam je dengan tak semena-mena aku dah boring. Tambah tengah jawab tag cik Diah, aku tak save...komputer terus mati. Ha, ni namanya tak payah buat lagi. Tu yang aku jawab berapa kerat je Tag cik Diah, terus aku give up. So, hari ni aku rasa mcam nak buang je meter tu. Pulak bila aku tengok, sekali, dua kali pandang...apasal gabak sangat? Kalau kecik comel gak. Tengok2 design mcm takde yg kecik dan kebetulan aku rasa meter tu penipu, so baik buang je. Mcm menyemak aje.
*
Bengang kepala aku hari ni. Nak kata tak cukup tidur, takdela plak. Zati nyenyak je tak bangun susu. Cuma aku yang bangun nak kencing. Tengok katil dah banjir, Zati tak sedar plak dia bocor. Timbang pampers tu aku rasa sama berat dengan paket gula sekilo tu. Actually, aku mcm lupa yang aku jadik mak buyung lagi. Sebab perut takde rasa bergerak2. Nak buat persiapan awal lagi. Kalaupun nak dekat due date, takde apa yang nak dibeli. Semua dah ada. Stroller je ada dua bijik. Kelambu pun ada dua gak. Mainan Zati punya dah ada. Lagipun masa zaman Zati dia tak suka sangat mainan utk baby tu. Ada juga aku belikan...tapi apa nak buat, dia lebih cenderung dengan pinggan mangkuk, tupperware, cawan mak aku kat dapur tu.
*
Besok pagi mak aku sampai dari Kelantan. Esok dia cuti tapi Zati aku hantar jugak kat nanny dia. Mak aku mesti terbongkang penat esok. Sepanjang mak aku takde, kenala aku bangun awal sikit nak masak lauk Zati untuk hantar kat rumah nanny dia. Biasa mak aku yang masak, sebab dia jenis bangun pukul 5 pagi, sebab dia nak masak lauk kat umah punya. Ikutkan tak payah nak sediakan lauk, tapi kesian plak kat makcik tu. Ada 3 lagi anak orang yang dia jaga. Aku ni tak suka orang penat sebab nak jaga anak aku. Kalau boleh setakat mampu, bagi dia senang sikit. Jadik, dia jaga anak kite pun elok.
Hai...12.30 aku keluar makan. Rasa nak pegi Jusco jap, cuci2 mata. Masuk lambat sikit pun takpe. Wakaka...