05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Thursday, June 4, 2009

WHAT ARE THE DIFFERENCES & SIMILARITY?

Sila lihat gambar di bawah, dan nyatakan apakah persamaan dan perbezaannya?
(Topi & baju yang sama)


Tuesday, May 26, 2009

MY FIRST EVER VIDEO CREATION


(Zati Kakak tengah main dengan Ayah, sewaktu Ibu dan Mimi tengah tido kat bilik)


(Mimi baru bangun tido)


(Mimi tengah main Cak Cak sorang2)

Friday, May 8, 2009

BUKU ZATI KAKAK

Nak dijadi kan citer, last 3 weeks, aku ada belikan Zati buku. Masa tu kat Kota. Hentam beli je, untuk dia belajar tengok gambar. Ada satu buku ni, terbitan Kohwai & Young. Tajuknya My First Picture Word Book. Murah jugak. Dalam 12 ringgit. Ada 650 gambar. Bukan gambar kartun. Gambar betul, tapi menarik la. For me, ajar based pada real pictures is more effective. But, the worst part is, Zati telah mengoyak rabakkan buku tu, tapi still...dia buat baca gak. So, aku telah berusaha mencari buku tu semula almost in the whole book stores available in JB. Malangla nasib aku. Takde. Until datang idea bingai aku, call Kohwai & Young kat KL. Ingat nak order. Tapi, orang tu boleh tanya aku, "Bila you nak bukak kedai buku?". Bila masa pulak aku nak berniaga buku. Aku cakap, "Oh, tak. Ni untuk personal usage." Pastu dia pot pet pot pet...nak order kena delivery charge, bla, bla, bla. Then, last aku tanya. "Bagi I book store list yang you distribute buku terbitan you". Dia bagila satu kedai. Nasib baik kat johor jaya je. Telefon plak kedai buku tu. Nasib la orangnya baik. "Let me check in my catalogue. For what purpose, Madam?". Aku cakap la "For my daughter. She spoiled her book. So, I'm thinking of getting a new one for her." Dia pun jawab "Oh, she loved that book so much, is it?". Aku dengar dia cakap macam tu, rasa macam bagus plak orang ni. Meaning...dia mesti faham budak2 yang memang sukakan satu benda, kalau hilang atau rosak, dia mesti nak semula benda tu. So, malangnya dia takde simpan. Tapi da akan orderkan kalau aku nak. No delivery charges. Ada diskaun lagi. Ni la buku nya...

Tuesday, May 5, 2009

GAMBAR LAMA



Aku tengah selak-selak album, ternampak gambar2 ni. Gambar kawin dengan gambar aku dengan husband masa kecik. Ada sama tak dengan Mimi & Zati Kakak?

Thursday, April 30, 2009

NEW HOUSE...

Esok start cuti. Labour Day. At the same time, aku akan masuk rumah baru. Rumah sewa tau, bukan sendiri punya. Kesian aku. Belum dapat beli rumah sendiri. Anyway, my in laws will be coming down tomorrow morning. Mampuih. Rumah takde barang. Tu hari baru angkat dining table, fridge, mini sofa dengan washing machine. Ni on the way lagi, TV, meja TV dengan kitchen cabinet. Nasib baik Courts Maut ada. Ni aku apa pun tak kemas lagi. Terkontang kanting. Plannya malam ni terus masuk umah. Time anak2 dah tidur malam, boleh mengemas sana sini. Whatever it is, syok rasanya dapat duduk sendiri. Compared to the past few years, we've been staying with my mom. Bukan kata tak best, tapi it's better we are on our own. Betul tak? Nanti dah siap, aku amik gambar rumah baru aku. As usual, here are some pics of my two babies. Zati Kakak & Mimi.










Monday, April 13, 2009

TERPAKSA UPDATE BLOG


Tu hari 05-04-09 adalah birthday Nur Aliah Izzati. No special celebration disebabkan hal-hal tertentu. Tapi, ada la bawak jalan-jalan. Nanti ingat nak set satu date nak celebrate birthday kitaorang berempat. Maybe next month. Hahaha. Anyway, Happy Birthday Zati. We love you so much. Muakkss....

Say Cheese!














Tuesday, March 24, 2009

TAG DARI ZAMOSE LAGI

Ni baru sampai kat tempat keje. Sebelum cik Boss aku mengamuk, baik aku jawab dulu tag yang pending. :-
.
SYARAT DAN PERATURAN:-
.1. Apabila telah terpilih, sila tulis 16 perkara paling rawak, sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
.2. Sila hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. (Mana nak cari seramai-ramai tidak ni)
.3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda pada peringkat awal.
.4. Ketahuilah jika anda terpilih, ini adalah kerana anda juga adalah manusia biasa yang perlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya ketika bayi (Apa relevannya?)
.
Saya telah di tag oleh Zamose
.
.1. Saya dilahirkan pada 01-01-1981, Hari Khamis, Pukul 2.20 petang. That explains why I'm a very bad tempered person.
.
.2. Saya, my husband dan Izzati dilahirkan pada hari Khamis. Amani lahir pada hari Rabu.
.
.3. My favorite facts are :-
05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is IZZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is AMANI's BIRTHDAY
.
.4. My first car is KENARI AERO EZi warna MERAH. Plat number JJG 1680. Biasanya orang cina suka beli nombor plat 168. Bezanya dengan aku cuma tambah 0 dan I get it for free.
.
.5. Sekarang ni aku berazam nak kuruskan badan. Before ngandungkan Izzati, berat aku 45 kg je. Sekarang dah 55 kg. That is so not cool.
.
.6. Orang kata muka Izzati sebijik macam bapak dia & muka Amani ada campur muka aku dan laki aku.
.
.7. Aku nak sangat duduk rumah jaga anak-anak. Plus, aku nak keje dari rumah saja.
.
.8. One day, I want to get my own house, get a new family car, hopefully living in JB
.
.9. Aku telah pecah rekod dengan kawin tak pasang khemah, tak bersanding, no invitation card, dan secara kecil-kecilan. Harapnya kawan2 tak marah aku buat macam tu. Aku yang taknak sebab bapak aku dah takde.
.
.10. Bapak aku passed away in the year 2004, pada hari raya ke-3, tanpa aku di sisinya.
.
.11. I met my husband kat Internet pada tahun 1999. Masa tu kat MiRC. At last aku jumpa dia pada 5 June 2003. Then fell in love. Pastu kawin.
.
.12. Now, I'm not happy with my job. Actually I won't be happy until I get a job that only requires me to work from home. (Dreaming....)
.
.13. Aku paling rindu saat aku kat sekolah menengah dengan member2 aku; WIth Deah aku sibukkan BSB. With Harlin, aku sibukkan nyanyi lagu Melayu Jiwang, sambil melalak2 kat belakang. Golongan pengawas masa tu sure bingit dengan aku punya.
.
.14. My two kids ada tanda lahir bentuk butterfly. Izzati kat tepi pinggang. Amani kat siku. Not sure kanan atau kiri.
.
.15. Nak sangat reunion dengan member sekolah. The last time aku jumpa budak2 masa kat umah Nofie buat jamuan raya. Time tu, most of us are not married.
.
.16. I wish to live happily ever after with my family.

Monday, March 23, 2009

JAWAB TAG ORANG

Sekarang pukul 5 petang. Free skit. Rasanya macam kerja dah settlekan. Lagipun bos aku tak masuk. Ntah sibuk apa kat luar sana. So, aku go through semula blog aku. Seingat aku, ada la insan-insan yang mengetag aku. So, try la buat setakat yang mampu. Tapi, tag yang Diah kasi, alahai...susahnya. Aku ni dahla malas nak fikir. So, first aku buat tag dari Zamose, yang asalnya dari Anem:-


MUM OF THE YEAR AWARD

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
* Pernah 'ter' marah Zati. Patutnya aku tak boleh marah dia. Kecik lagi. But, lepas tu aku cakap sorry dengan dia. Waaa.....
..................................................................................................................
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
* Izzati & Amani sangat CUTE. Aku dapat bayangkan kalau Amani dah besar sikit, mesti selalu gaduh dengan kakak dia.
* Izzati & Amani sangat BIJAK. Masing-masing ada cara tersendiri nak mintak perhatian dari ibu & ayah.
* Sejak Izzati ada adik, dia sangat sayangkan Amani. Tiap hari mesti cium pipi adik sekali.
* Suka & sedih kalau tiap pagi nak pegi keje, cakap bye bye dengan Izzati. Dia akan diri kat depan pintu, dan nyahut 'bye bye' dengan ibu & ayah. Plus, with her face, yang menggambarkan kesedihan sebab tak dapat ikut ibu & ayah. Kadang tu nangis juga aku tengok dia buat macam tu.
* Every weekends is very special moment untuk kita berempat. Sekarang, since tak berapa sesuai nak jalan2 kat Jusco, kitaorang cuma lepak kat dalam bilik, sambil layan Izzati & Amani tengok Pingu. Tak keluar pun takpe. At least dapat spend time dengan anak-anak.
* Suka tengok Izzati menyambut kepulangan ibu, ayah & adiknya. Straight dia akan lompat2 kat depan pintu, terus mintak duduk kat dalam bilik nak tengok Pingu.
* Aku & husband aku tahu yang Izzati & Amani sangat sayangkan ibu & ayahnya. That's what matters.
.................................................................................................................
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you
* Semua dah kena
.

Monday, March 2, 2009

HARI AHAD...

Lama tak update blog. Semalam tak buat apa. Cuma duk umah dengan anak-anak &husband. Aku saja bantai nescafe, tak nak bg Amani tido. (Since dia still menyusu badan). Yang tak bestnya, Amani kena gigit semut kat muka dia. Semut api plak tu. Kalau aku dapat semut tu, aku pijak2 dia. Kelihatan jugak Kakak Zati tengah sibuk mengadap citer Pingu dia. Nama je ada tv kat dlm bilik. Tapi, yang dapat tengok cuma Zati sorang plak. Sebab dr pagi sampai malam dia akan tengok cd Pingu dia. Cuba tukar citer lain, mampus tak dapat.



...................PENATLA IBU..........................JANGAN TUKAR TV ........

................NAK COKLAT?.......................APA TENGOK-TENGOK?.......

.........AMBIK GAMBO LAGI..........................TIDOLAH...........................

MUKA KENA GIGIT SEMUT API












Friday, February 20, 2009

NEW PROGRAM

Pertama sekali, aku nak umumkan yang aku ada buat satu blog baru. First person yang tau ialah Intan. Cuma aku tak dapat nak explain secara terperinci mengenai program ni. So, since aku dah buat explanation kat blog baru aku yang lagi satu, so try la fahamkan kaedah program. Sesiapa yang berminat boleh refer kat aku. Harapnya aku dapat sokongan yang menggalakkan.
CHEERS!
SILA LAWATI WEBSITE www.kutupintar1.blogspot.com

Friday, January 30, 2009

DAH BESAR ANAK IBU





















Thursday, January 22, 2009

NGANTUK

Harini aku malas gile nak buat keje. Dapatla jugak buat keje pagi tadi. Ni lepas lunch aku terus ngantuk. Keje aku sekarang, lepas makan terus makan panadol. Agaknya tu yang ngantuk. Nak chat, takde orang kat chat room. Tak macam dulu. Ngantuk je, terus cari cik Intan. Kekadang tu Zamose ngan Arename ada. Bolehla member2 ni jadik penyelamat keadaan.
Apa nak citer. Hah, aku ngan husband aku baru je belikan TV flat screen 29' dengan meja TV untuk mak aku. Kesian plak kat umah tu. Sejak banjir tak pernah beli barang. Takut naik air lagi. Tapi dah berapa tahun ni, tengok ok je, belikan la. Kebetulan meja TV yang ada tu, nampak macam bila2 masa nak roboh. Disebabkan dah jadik pelanggan tetap kat satu kedai ni, sapu je la. Lagipun tilam yang aku beli tu ari, tinggal 2 kali bayar. So, angkatla barang lain. Ni kali mahal sikitla nak bandingkan RM50 tu ari. Kena RM100. Senang kat kedai tu. Kasik deposit sikit, terus boleh angkat barang. At the same time, mak aku tukarkan arial TV. Dah tak boleh dapat channel. Macam kitaorang plak nak raya Cina.

Wednesday, January 21, 2009

SAMBUNGAN SEMALAM

Ni sambungan post semalam. First of all, alhamdulillah sebab aku selamat melahirkan puteri kedua aku yang diberi nama NUR ALIAH AMANI pada 17 Disember 2008 pada pukul 12.15 tengahari. Nak dijadikan cerita, aku dah start cuti pada 15 Disember. Malas nak kerja. Kebetulan aku dah overdue. Sepatutnya aku bersalin pada 12 Disember. Tapi tak keluar jugak. 16 hb aku pegi klinik kerajaan untuk check up. Yang aku hangin, dia tak endahkan aku dah overdue. Apa yang doktor bagitau cuma kalau aku tak beranak by 21st, dia suruh aku masud wad. Masuk wad pun bukan 21st, sebab dikhabarnya jatuh pada hari Ahad. Then, suruh aku masuk esoknya. Kepala hotak dia. Yang aku tak suka, doktor tu lebih pentingkan kes aku yang tak buat ujian minum air gula, sebab history arwah bapak aku ada kencing manis. Padahal aku dah test kat swasta, memang tahap gula aku normal. Seboleh2 doktor tu suruh aku pegi jugak test on 17th. Lepas check up, aku citer kat husband aku. Disebabkan kite tak puas hati, kitaorg pegi pulak ke klinik swasta yang aku biasa check up. Doktor tu kata, bahaya kalau overdue. Takut anak lemas. Pastu aku ada cakap, baby dah kurang gerak. Lagi bahaya. So, dia sarankan kat aku suruh pegi hospital, bagitau baby dah kurang gerak. Nanti aku terus admit ke wad. Tapi, last doktor cakap, tu depends pada instinct aku. Sebab, ibu aje yang dapat rasa bila baby tu sebenarnya nak keluar. Lagipun aku belum rasa sakit lagi. So, aku decide nak tangguh dulu sampai esoknya 17 hb.
Malam 16hb aku prepare air akar Siti Fatimah untuk buat mandi malam tu. Lepas tu aku berkemas apa2 yang patut. (Aku pun tak tau naper aku buat camtu). Then, 17hb pagi kul 8 pagi aku bangun. Aku rasa sakit nak berak. Lain macam sikit. Aku bagitau mak dengan husband aku yang aku nak pegi hospital. Siap gitu gini, 9.30 aku terus pegi. Makin kuat sakit. Check rupanya dah bukak 5 cm. Terus masuk labour room. Husband aku tunggu kat hospital, sebab dia nak masuk. Izzati dulu tak dapat tengok sebab dia takde. Pukul 11.30 pagi, aku dah sakit kuat. Dah bukak cm. Nurse tanya aku sakit nak berak ke. Aku cakap ya. Nurse pun pecahkan air, panggil husband aku masuk. Mula la projek nak beranak. Husband aku tampung badan aku, biar senang nak teran. Teran punya teran, aku tetiba rasa gelabah. Nurse stopkan aku, sebab badan aku dah senget benget, takut terkoyak. So, betulkan posisi semula, teran sekali, terus keluar. Dah settle, ingatkan nak jahit. Aku tanya nurse, dia check kan, takde apa2, so tak payah jahit. Alhamdulillah. Berat Amani 3.3 kg.
Pastu masa umur amani 3 hari dia kena kuning. Dah kena berulang hospital untuk check darah. Tapi kuning tak tinggi, so takyah masuk wad. So, dalam 2 minggu berulang. Sampai tahap kuning 8.9, hospital cakap takyah datang lagi. Cuma nak kena kerap minum susu. Pulak tu, Amani kulit dia putih kuning. So, kuning sikit je dah nampak. Walau apa pun, aku bersyukur Amani dah sihat.
Apa cerita Zati? Meligat la dia. Dapat adik. Dengan dia buat perangai, nak mintak perhatian. Sikit2 melalak. Tu yang aku kesian. Pulak tu aku selalu dukung dia dulu. Dah masa dalam pantang, asyik mintak dukung je. Abih aku nak buat camana. Dalam hari ke 25 lebih kurang, aku dah start mandikan dua2 anak aku. Minggu lepas aku nekad nak dukung jugak Zati. Mak aku marah. Yelah, takut tumpah darah. Dalam hati aku tawakal je. Aku bukan angkat apa pun. Anak aku sendiri. So, takde apa2. Kebetulan aku tak berjahit. So, takdela sakit sangat badan aku. Aku pulak malas nak berbengkung apa jadah semua. Ni dah naik kerja, ingat nak carik Pati Halia. Nak kuruskan badanla, apa lagi. Perut naik sikit. Lagipun dah beranak dua ni, makin kembang. Okay, dah habis citer. Aku nak pegi lunch.

Tuesday, January 20, 2009

I'M BACK

Akhirnya aku kena jugak masuk kerja. Yelah, rindu sangat bos aku ni kat muka aku. Memandangkan aku sibuk sangat hari ni, aku takleh nak tulis pepanjang. Cuma upload gambo jela.