05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Thursday, November 27, 2008

PAGI YANG MENDUNG

Pepagi ni, kalau dah ujan rintik2, memangla buat aku mengantuk. Sampai kat tempat keje, biasala...melawat bilik air. Tu jela kejenya. Pastu biasanya start buat keje. Memandangkan hari ni aku terasa malas sangat, bukak la dulu internet. Lagipun apa yang nak diherankan. Aku sorang je dalam opis. Tak kelakar plak takde staf lain. So, buatla macam umah sendiri, walaupun umah aku tak selawa opis ni.
Maybe sebab aku tau bos aku takde sampai ujung minggu. Family vacation ke Genting. Apala nak dicarik kat situ musim2 ujan ni. Tapi, takpela. Asal kan dia takde. Lunch time semalam aku singgah kat Jusco. Tengok staf2 tengah buat preparation untuk sale. Nampak macam besar semacam je salenya. Oh, rupanya sales untuk J Card member. Nak pegi ke tak nak? Nak jugak pegi. Tapi, masalahnya, anak aku dah tak suka pegi ke shopping complex ni. Dia cepat boring. Nanti dia saja buat2 nangis la. Kalau nak bawak dia, mesti shopping cepat2. Dia tak boleh tengok kite terbelek sana, terbelek sini. Bukannya merungut, tapi kesian jugak. Datang angin dia macam tu. Aku ni nak belikan dia sandal baru. Yela, kaki dah memanjang. Takkan nak pakai lagi kasut saiz 4. Nak kena tukar saiz. So, tak pastila sama ada dapat melawat Jusco ke tak.
Boring jugak buat posting tak letak gambar. Ada nak letak. Tapi asyik lupa bawak kamera. So, nak buat cemana. Zati pun dah malas nak posing2 lagi. Senang citer, anak aku dah malas serba serbi. Agaknya dalam hati dia, dia pikir asyikla buat benda yang sama je. Cubala buat perubahan sikit.

Monday, November 24, 2008

18 DAYS TO GO

Sajala aku tengok balik blog aku. Kat ticker countdown aku nak terberanak tu, baru aku perasan yang lagi 18 hari aku nak due. Maksudnya agak2 3 minggu lagi. Yang tak bestnya, sebab aku tak based pada tarikh last pe'od aku. Cuma based pada scan doktor masa 5 bulan tu hari. Jadi, bile aku bersalin? Dahla masa aku bersalinkan Zati, air aku tak pecah. Darah pun tak keluar. Harapkan sakit perut je. Kali ni aku tak tau.
Tengahari tadi masa aku lunch dengan husband aku, kitaorang bercerita hal Zati. Pagi tadi aku tengah siap2 nak gi keje dalam kul 7.30, anak aku tido lagi. Saja la aku cakap. "Zati, bangun nak. Ibu dah nak pegi keje ni." Ingatkan dia tak dengar. Nyahut plak tu. "Erm, erm, ok ek, ok ek". Biasala, style baby nyahut. Dia pun bangun. Rutin tiap pagi, sebelum pegi keje, bawak Zati naik kete. Pusing kat belakang umah, kadang belikan jajan sikit, baru bagi kat mak aku.
Pastu husband aku cakap, adik dia ni karang mesti manjanya lebih sikit dari Zati. Sebab, anak aku sekarang ni, kononnya nak pakai baju dengan seluar sendiri. Makan pun nak suap sendiri. Biasa nak mandi, aku akan cakap, "ambik tuala, bukak seluar, bukak baju, bukak pampers". Dia buatle semua tu, kecuali dia tak pandai lagi bukak baju. Konon2 nya masa dah ada adik, dia dah boleh buat sikit2. Takdela aku pengsan nak melayan dia. Aku cakap dengan husband aku, takkan la macam tu. Kesian plak. Dia kata, ntah. Saja dia mengagak.

Monday, November 17, 2008

ZATI DAH PANDAI....

ANAK AYAH & IBU DAH PANDAI APA?
1. Jalan & Lari
2. Makan sendiri
3. Sarung seluar berdiri. (Tapi,aku kena pegang badan dia lagi).
4. Gosok gigi
5. Cakap sikit2. Perkataan yang selalu disebut...
* Ayah. Herannya tak pernah dengar 'Ibu'
* Popok = Keropok
* Tu = Itu
* Bah = Bas (Zati suka tengok bas sekolah lalu depan rumah aku)
* Bye bye
* Ball = Bola (Zati suka main sepak bola)
* Dah = Sudah
Secara kesimpulannya, dia dah boleh faham apa orang cakap dan suruh buat sikit-sikit.

6. Tadah tangan kalau ayah & ibunya bacakan doa.

Thursday, November 13, 2008

HARI NI HARI KHAMIS

Hari ni hari Khamis. Memangla. Napernya? Takde apa pun. Cuma aku dah 3 bulan tak update blog. Sebabnya, biasala sibuk dengan kerja. Banyak nak di follow-up kan. Sampai nak update blog pun aku takut2. Nanti bos aku marah. Dah penat pasal keje, aku tak nak la citer hal keje kat blog aku ni. Tak menarik langsung. Cuma, hari ni aku muntah2. Ingat lepas muntah, lega macam biasa. Tak pun. Aku tengah mamai2 ni. So, tak mampula aku nak mengadap keje aku. Jadik, aku pun tulis la blog. Nanti bersawang plak. Apakah citer2 yang aku nak update kan kat sini? Sila rujuk di bawah;
1. Harlin Erina telah selamat berlepas ke Mekah bersama Mamanya, serta Tuk & Nenek sedaranya pada 2 Nov tu hari. Bestnya dapat naik Haji. Rezeki dia. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna. Boleh ke pulak malam tadi aku termimpi jumpa dengan dia. Last aku jumpa masa bulan raya tu hari. Sajala lawat dia bersama anak & laki aku.
*
2. Aku akan due pada bulan depan. Agak2 dalam 12hb Disember. Tapi, tak taula. Semalam aku pegi check perut aku kat KKIA. Alah, saja je. Sebab semalam aku ambik cuti nak bawak Zati pegi injection dos tambahan. Gaduh lagi aku dengan misi kat situ. Ada je nak carik pasal ngan aku. Asyikla nak cakap aku dah lama tak datang KKIA. Apa yang aku jawab, "Berapa kali saya nak remark dengan korang, yang saya ni pegi check dengan doktor swasta". Pada pendapat korangla. Mana lebih penting? Pegi check kat KKIA dengan misi2 tak guna tu ke, atau pegi swasta check dengan doktor? Mestila doktor, sebab doktor yang tau semua. Pastu ada hati nak cakap dengan aku, yang diaorang tak boleh nak follow up record aku. Nak tengokkan print-out scan dari doktor yang aku selalu pegi tu, pandai pulak nak cakap yang dia tak pandai baca benda alah tu. Eh, aku cakap dengan dia, tu masalah awak, bukan masalah saya. Bodohnya. Pastu, dia cakap aku dah termiss minum air gula (sebab aku ada keturunan kencing manis dari arwah abah aku). Aku cakap, tu pun bukan aku punya pasal. Kenapa masa awal2 aku daftar kad merah tu, tak nak panggil aku terus buat test minum air gula. Aku kata, jangan nak salahkan aku. Tanya misi yang dok check aku tu mula2. Dalam hati aku cakap, patutnya memang aku kena, tapi memandangkan yang check aku awal dulu, kenal aku dengan mak aku, dia cuma tanya masa aku ngandungkan Zati, ada masalah kencing manis tak? Aku cakap takde. So, dia lepaskan aku je. Tiba ni pulak terkena dengan misi selenge.
*
3. Disebabkan semalam Zati injection, hari ni dia demam. Kena inject kat peha. Sakit plak. Dok tunjuk peha dia kat aku & laki aku. So, malam tadi aku tak tido sangat, sebab nak urut kaki dia. Gosok2 pakai minyak, nak bagi dia tido lena.
*
4. Makin takut nak tunggu hari bersalin. Sebab aku tak tau kali ni ok ke tak. Perasan aku baby ni macam over aktif. Tak macam Zati dulu. Ada sekali aku kena cramp kat perut. Rasa macam nak beranak. Aku pegi la check kat doktor. Rupanya, anak aku kecik sikit. Tapi tak sampai tahap membimbangkan. Yang cramp tu, maybe dia lapar, sebab aku tak berapa nak makan sangat. So, doktor bagi aku multi-vitamin + baru la aku nak minum susu Anmum tu. Tapi, beli perisa coklat la. Nak mengelakkan dari muak, aku letak air batu. Rasa macam minum coklat ice plak. Masa aku bagi tau kat laki aku pasal ni, dia punya marah...dari aku keluar klinik tu (Kat Ulu Tiram) sampaila kat Kota Tinggi. Aku diam je. Dia kata, apsal tak nak makan? Sendiri nak makan sedap, abih baby tak nak makan la? Lepas tu apa ntah dia cakap, aku pun dah tak ingat. Salah sendiri, takkan nak menjawab plak.
*
5. Diah akan melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu ni. Plan2 nak pegi. Tapi, disebabkan Zati demam, aku nak tengok keadaan dulu. Kalau everything ok, maka akan terpacul la muka aku karang. Last2 kawin gak minah tu. Mesti meriah sekampung masa majlis dia karang. Dengar dia cakap dengan aku, dia tak nak berinai. Apsal plak cik kak ni. Tapi, bersanding nak. Kalau aku dibagi pilihan, aku suka berinai dari bersanding. Dulu aku kawin, adik2 & mak aku yang inaikan. Dokla menonyoh benda alah tu semalaman. Dahla kena buat banyak kali, sebab tak naik warna. Darah aku bukannya merah sangat. Tu yang susah tu. Tapi, beli kat kedai India, dia suruh tambah serbuk teh, nak bagi pekat. Jadik jugak la. Yang aku tak suka bersanding sebab aku dua orang duduk atas kerusi, pastu semua orang tengok kitaorang. Macam mana tu. Jadik patung. Kang dibuatnya aku tengah duduk, ternampak la mana2 orang tengah soh seh soh seh mengata aku. Ha...tu yang aku maleh tu. Tapi, takpe. Turn aku dah lama berlalu. Tu cuma pandangan aku je. Orang lain takpela. Tu dah memang adatnya. Aku je yang lain dari lain.