05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Tuesday, August 26, 2008

TAG DARI ZAMOSE

Mintak maap ye Zamose. Komputer aku nak kena download flash player plak. Nanti takut bos aku marah.

TAG DARI INTAN

KALI PERTAMA NAIK KAPAL TERBANG
Tak pernah

*
KALI PERTAMA PERGI OVERSEA
Pun tak pernah

*
KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DENGAN KELUARGA
Masa masuk KTAM. Nangis aku. Waaaaa. Tapi pastu suka. Wakakakaka

*
TERINGIN SANGAT NAK MELANCONG KE...
Jepun. Macam best je rasanya

*
FAVORITE ACCESSORIES
Jam kut. Sebab hari2 pakai jam.

*
EMPAT PERKATAAN YANG SELALU DISEBUT
- Pejadahnya
(Tu je yang selalu disebut)

*
KALAU ADA DUIT
- Mesti bayar hutang
- Beli barang yang diidamkan
- Melabur & menyimpan

*
SIAPA YANG ANDA NAK TAG
Semua dah kena

Tuesday, August 19, 2008

TAG

Yang ni aku kasik homework kat bebudak ni. First time nak tag orang. Tapi tak taula korang dah penah buat ke belum. Sebelum tu syarat2 tag ni ialah:

*
1. Cerita ini benar sahaja dan tak ada kaitan dengan sesiapa pun yang masih hidup atau telah meninggal dunia.
2. Perlu mengetag paling kurang 3 orang rakan anda
3. Tempoh tag bermula dari masa ia dicipta (Tak tau bila) dan tamat pada 21 Ogos 2008.
4. Jawab dengan SEGERA apabila anda di tag
5. Perlu ada 5 kisah "Pertama"

*
PERTAMA

Pertama kali bercinta. Ni aku tak masuk kisah aku berendut sebelum berjumpa dengan laki aku. Sebab aku bukannya bercinta pun. First time aku bercinta sebenarnya dengan laki aku la. Walaupun pada asalnya kitaorang cuma member kat chatroom tu, tapi sebenarnya aku memendam perasaan dengan dia. Apala aku ni pun. Masa tu aku bukannya tau rupanya macamana. Kut dibuatnya muka dia hodoh giler. Ish, cabut lari aku masa tu jugak. Tak guna la tiap2 malam aku berangankan dia. Tapi, bila tanya kat laki aku, masa tu dia takdela plak rasa mcm nak bercintan dgn aku. Takde perasaan pun. Kira aku ni syok sendiri. Dah jumpa, tot tet tot tet, barula bercinta. Siap declare konon. Ceh...

*
KEDUA
Pertama kali bekerja. Ni kiranya aku anggap lepas grad. Seingat aku la, aku keje kat bandar. Jadik receptionist cum clerk. Gaji selama-lamanya RM800. Betul2 macam budak SPM. Tapi, kerja tak stress. Bos pun baik. Kerja banyak goyang kaki. So, tu sebabla aku tak selama-lamanya kat situ. Nak buat apa. Setakat nak merasa duit sendiri dengan macamana rasanya bekerja.

*
KETIGA

Kereta pertama aku. Perodua Kenari 1000cc Auto kaler merah mak ngah. Masa tu arwah bapak aku baru meninggal. So, mak aku dah jual van bapak aku kat kedai yang dia beli tu. Yelah, sapa plak nak bawak van tu. Aku mana reti. So, masa tu cepat2 aku ambik lesen kete, terus angkat kete ni. Asalnya aku nak Myvi. Tapi masa tu Myvi baru launch. So, nak tunggu order lama giler. So, angkat ajela kete Kenari yang dah tersedia ada kat Perodua tu. Sampaila sekarang aku duk bawak kete merah tu gak. Kut aku banyak duit kang, tak tau nak beli kete lain ke, tukar kete ke. Ni berangan je la
*
KEEMPAT
Pertama kali kawin. Ni harapnya pertama dan terakhir. Tak maula kawin kali kedua plak. Mintak dijauhkan. Aku buat majlis kecik aje. Disebabkan bapak aku dah takde, jadik rasanya tak best kalau nak berkompang sana sini. Lagipun aku tak nak bazir duit dan tak nak memenatkan mak aku. Masa tu jugala dugaan datang. Yelah nak buat benda baik ni, ada aja dugaan. Adik beradik belah arwah bapak aku menentang habisan aku tak buat majlis besar. Takde sanding, takde khemah. Pastu tunang seminggu awal dari kawin. Tu pun mak aku dengan sepupu dia yang uruskan. Sebab belah arwah bapak aku kat Muar. So, setakat tunang aku taknak susah2 dtg jauh2. Lagipun belah laki aku yang datang umah aku. So, takde hal pun. Tapi, diaorg salah anggap. Jadik diaorg pulaukan aku taknak dtg majlis. Taknak sudah. Aku peduli apa. Jadi dah taula perangai sebenar diaorg. Sabar jela. Aku pun bgtau gak kat kawan. Nak dtg aku alukan. Cuma takde kad la. So, sorila kalau ada yang terasa hati.
*
KELIMA
Pertama kali bergelar ibu. Kalau namanya first time beranak, ikutkan aku tak nak lalui lagi. Tapi, dah lumrah hidup. Otomatik akan rasa nak beranak lagi. Pulak tu aku bersalin tanpa suami dan mak di sisi. Salah aku jugak. Aku yang suruh diaorang balik umah tidur. Mana nak tau. Masuk wad kul 1 pagi. Bukak baru 3 cm. So, aku agak mcm besok siangnya aku beranak. Tapi, disebabkan aku sakit perut yang terlampau, tu pasal diaorang paksa bersalin awal. Yang aku ingat, misi bawak aku pegi labour room masa tengah azan Subuh. Teran2 tak mau keluar. Last2, kena ikat kaki pastu teran la. Sampai kul 7 pagi. Penat betul. Laki dan mak aku dtg hospital kul 7.30 pagi. Tengok kat wad, aku takde. Rupanya aku dah bersalin. Jeng3. Sebijik muka laki aku. Gelap sikit la. Nama...Nur Aliah Izzati diberi selepas umur 3 hari.
*
SO, aku akan tag orang yang berkaitan:
1. Intan
2. Zamose
3. Diah
4. Anem. (Jangan buat2 lupa plak)

Monday, August 18, 2008

...........

Lagi 25 minit lagi nak balik keje. Bos dan bini bos dah balik. Bos aku gi KL. Tadi dia masuk kejap. Mengamuk gitu gini. Pening kepala aku. Then kul 4 dia terus chow. Banyakla keje2 yang ditinggalkan. Buat separuh, pastu aku malas nak buat lagi. Besok jela buat. Penat cik. Nak masuk 6-months pregnant ni ada penat sikit. Ditambah plak baby asyik gerak tak henti2. Lenguh tau. Ingat apa. Macam tak reti nak tido plak si kecik ni.
*
Next month dah posa. Aku pun tak sure whether aku larat tak posa. Tryla. Masa aku ngandungkan Zati pun terkena masa bulan posa gak. Masa tu 1/2 bulan je kot aku posa. Then, terpaksala cuti posa. Sebab lapar. Takut sakit perut. Ini kali tak tau la macamana. Aku berkira2 bila aku nak gi shopping beli baju raya karang. Laki aku tanya semalam. Beli baju raya. Nak buat apa ek? Ntah...aku pun cakap tak tau. Sebab, pagi2 raya bukannya gi mana pun. Erm, tengokla macamana. Bukan takde baju melayu dengan baju kurung. Tengokla, terasa nak beli, kitaorang beli je. Kurang2 pun Zati ada baju kurung sepasang. Macamana la rupa cik kak tu. Perut dahla boncet. Bontot besar pulak tu (sebab pakai pampers). Terkedek2 jalan, kang terbongkang plak.

Saturday, August 16, 2008

BUAT TAG LAGI....

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH (ambik perhatian,kegiatan ini banyak dibuat dgn Diah)

1. Curi2 keluar malam, turun kat CR, tengok TV (ada video klip BSB)
2. Ni tak tau nak disclose ke tak. Tapi memandangkan dah besar,takde hal la kot. Takkan Intan atau Zamose nak tepon polis plak ek?. Duduk seharian kat bilik kaunseling (Sbb cikgu apa ntah namanya...bagi aku pegang kunci), dengar walkman, baca majalah yg diharamkan utk bwk ke sekolah, mkn, tidur sekali.
3. Bawak walkman ke sekolah sbb nak dgr lagu BSB
4. Ponteng sembahyang kat surau.
5. Lepak kat bilik atas sekali dgn Kak Yan, sambil tidur

*
3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
1. Geografi (Sbb suka tengok gambar2)
2. Add Math (Sbb selalu fail, pastu dah boleh buat)
3. BI (Takde sebab)

*
3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
1. Arab (Sebab tak faham)
2. Sejarah (Malas nak hafal)
3. Ekonomi (Ngantuk)

*
MENARIK PADA KAMU...?
Ntah...belum tanya laki aku lagi

*
KAMU PALING SUKA...?
Tidur

*
ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
-Segala apa yang diperlukan oleh manusia
-Husband aku (Isz), anak aku (Zati), keluargaku

*
SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Nak hubungi sapa plak? Semua dah ada kat umah.

*
MANGSA TAG
Takde sapa

Friday, August 15, 2008

APA CITER HARI NI....

Apa citer hari ni? Takde yang menarik. Pagi sampai buat keje yang tak siap. Sambil2 tu, borak dgn Zamose & Intan. Syoknya citer pasal baju raya dengan Zamose. Tahun ni aku ingat nak buat purple cair sebagai warna tema aku anak beranak. Malas nak tempah. Sebabnya, satu...ini time memang takde orang nak terima tempahan lagi. Aku pun tak pernah tempah baju raya. Kedua...sebab aku ternampakkan offer baju raya kat First Lady. Murah giler...30 lebih dah boleh dapat. Lepas tu, aku berkenan tengok pattern baju dia. Ntah kenapa tahun ni macam tertunggu2 nak raya. (Posa dulu, baru raya yek...). Tahun lepas pun, raya Zati dah ada. Cuma macam tak semangat gitu. Napa ntah. Semua tak beli baju raya. Agaknya sebab tahun lepas adalah tahun aku yang bermasalah. Macam2 hal. Ntah apa2. Malas nak ingat. Dan maybe tahun ni aku tengah peknen kut. So, adala benda yang nak ditunggu2.
*
Tahun ni tak sure balik Melaka ke tak. Depends pada keadaan. Laki aku pun tak kisah balik ke tak. Rasanya biasa kitaorang balik dah lepas raya. Yelah, mak aku kan tinggal sorang. So, biasanya pagi2 raya teman mak aku raya. Then, raya ke 3, 4 macam tu baru raya kat Melaka. Lagipun, mak aku baru dapat cucu sulung. So, berayala dengan cucunya tu. Aku lupa tanya mak aku dia dah buat baju raya ke belum. Biasa dia tempah baju raya. Dia rajin la dgn kawan2 ofis dia, jalan2 kat kedai Kemboja carik kain. Tudung batu dia dah sekotak aku tengok. Baju kurung penuh satu robok. Jangan cakap aku. Aku rasa baju kurung aku tak sampai 7 pasang. Sebab aku selalu beli baju dah siap. Citer pasal raya, mula la aku melarat teringatkan kuih dengan ketupat. Nyam2. Lapar ni. Tak makan lagi. Tadi lunch time aku pegi jusco. Beli baju jalan untuk Zati. Ada offer kat Reject shop, aku sapula. Aku beli T-Shirt aku sekali.

TAG DARI INTAN...

Pegi kat google. Then type la "nama + needs" contohnye "Noridah needs" type kurungan tu skali.. then enter @ click kat google search.

  • noridah needs to add some contacts first. Updates from favorites. Magic will happen here when noridah adds ...

Yang herannya, satu je yang jumpa. So, takyah susah2. Hahaha...

Then, do an image search guna keyword yang sama:

Ni pun takde image apa2. Hahaha...Senangnya keje aku

Tuesday, August 12, 2008

TUKANG TILIK....

Tadi aku tepon mak aku. Tanya la kut nak kirim sayur on the way back karang. Dia tak mau. Then, dia bagi tau maybe baby aku yang ni, lelaki. Aku tanya, mana mak tau? Cuba teka sapa yang bagitau dia. Sapa lagi kalau bukan makcik yang jaga Zati sekarang ni. Ntah mana dia belek2 anak aku tu sampai kata adiknya karang lelaki. Dan satu lagi aku dapat tau yang hantar budak kat dia tu, takkan hantar kat dia lagi. Sebab orang tu pun tengah mengandung anak ke-4. So, terus ambik bibik letak kat umah. Oh, patutla tu hari ngendengkan nak jaga anak aku yang lagi sorang ni. Ntahla. Aku malas la nak hantar. Bukan apa. Yang aku tak suka, laki dia suka hisap rokok dekat dengan budak2 kecik. Aku dah penah tegur sekali. Kalau tengah hisap rokok tak yah dukung Zati. Bukan anak aku je dia buat macam tu. Dengan anak orang lain tu pun dia buat gak. Berkepul2 la asap rokok bersepah kat budak2. Tapi, tak makan saman. Aku bagi tau dengan laki aku, ni dah sah orang tua ni nyanyuk. Eh, laki aku pun hisap rokok gak. Tapi tak dekat dengan anak. Ni lagi kang aku hantar baby baru lahir. Lagila macam2 masalah. Kang semput, masalah paru2 ke apa ke. Ish, tak nak la. Mungkin aku hantar nursery kat belakang taman perumahan aku. Lagi bagus kalau jumpa nursery dekat dengan tempat keje. Senang sikit nak berambik, berhantar. Hai, macam2 orang kat dalam dunia ni.

Monday, August 11, 2008

MINYAK ANGIN

Pagi tadi sampai sekarang aku sakit perut. Cramp gitu. Takkan nak terberanak kot. Baru 5 bulan setengah. Sampai lepas lunch, aku tak reda jugak. Berak dah masuk 3 kali. Nak kata cirit birit, bukan. Biasa saja aku tengok. Last2 aku ambik satu minyak angin cina kat first aid opis aku. Aku pernah guna sekali. OK la gak. Aku sapula dengan harapan akan reda sakit perut aku. Sekali, lepas 10 minit aku sapu, baby dalam perut aku tendang dengan sekuat hati, non stop. Alamak, kang terkeluar jugak. Opis takde orang ni. Kut sapa nak talipon kan ambulans. Aku dah risau. Cepat2 aku pegi bilik air. Aku cuci perut aku dengan sabun. Minyak angin tu terkena dia ke? Pastu aku minum sikit air suam. Duduk diam2 dalam 10 minit. Rasa dah lega sikit. Pegang2 perut aku...ok. Dah gerak2 macam biasa. Apa la aku ni. ???????

Friday, August 8, 2008

BANGUN....

Jam dah 7.45 pagi. Tapi, Zati tak mau bangun lagi, disebabkan dek hujan malam tadi. Baru nak ambik gambar dia tengah tido. Sekali on kamera je, terus dia menggeliat. 2 shot yang dapat ditangkap. Sleeping beauty baru nak bangun.

Thursday, August 7, 2008

HARI NI....

Hari ni aku bawak kad merah, sebab nak tukar appointment untuk check up kat Ulu Tiram. Dekat sikit dengan tempat keje aku. At the same time, alang2 tu aku post sekali gambo yang aku scan tu hari. Ntah, aku pun tak nampak apa2 bentuk. Doktor cakap clear. Yelah...dia doktor, dia tau apa yg dia tengok. Tanya aku, satu benda aku tak nampak. Aku tanya dia, mana kepalanya. Dia tunjuk la yg bulat tu. Ai...besar nya.




Wednesday, August 6, 2008

IZZATI PUNYA HAL

Aku ni ada sikit tak percaya pantang dan konon2 orang-orang tua ni. Tak kisahla dari segi apa-apa. Ada yang masuk akal. Ada tu karang dah merepek la pulak. Ye...bila aku menidakkan benda2 tu, mula la karang katanya benda tu jadik betul. Memangla jadik. Kalau dah percaya mati-matian, memangla jadik. Aku laki bini memang tak biasakan diri untuk percaya bermati-matian. Ni semua psikologi. Kita kan ada Tuhan. DIA lah yang menentukan segalanya.
*
Ni kisahnya pasal aku baru-baru nak mengandung. Orang tua2 kata, kalau anak aku nak ber adik, mula la dia menonggengla, hisap ibu jari kaki la, kuat merajuk la. Aku memang tak caya nya. Dah memang budak2 kecik tu je kejenya. Habis nak buat macamana. Kalau mak aku yang cakap, aku tak kisah sangat. Sebab dia sebut gitu2 je. Semalam pun, dia kata Zati asyik nangis merajuk. Mak aku kata dia 'sakat'. Ntah. Aku pun tak paham, dan tak ingin nak ambik tau. Aku cakap, alah, dia kan memang macam tu. Budak manja. Tu je. Yang aku ada menyampah sikit, kat tempat aku hantar Zati tu. Makcik tu ada problem sikit. Wah....cakap dia je nak betul. Ha yelah. Lantak ko la. Dia tau aku tengah pregnant, tapi aku tak pernah bagitau dia. Dalam pada keadaan sekarang ni, yang dia menjaga sampai 4 orang budak termasuk anak aku...ada hati nak ngendeng nak jaga anak aku yang lagi satu ni. Eh, sorry ye. Dia nak tamak haloba, tu dia punya pasal. Karang anak aku ke mana, apa ke mana. Ingat orang tua larat ke nak jaga sampai 5 orang budak. Anak sendiri jangan cerita la, sanggup tak sanggupla. Ni anak orang. Tak payahla. Aku hantar nursery kat belakang taman aku lagi bagus. Karang dah masuk setahun setengah, dah boleh jalan semua, boleh mak aku nak jaga. Ni aku tak nak susahkan mak aku lepas pencen. Zati dah besar takpe dia nak jaga. Tak leceh sangat
*
Aku ni bukan suka nak tinggalka anak kat rumah orang. Kalaula boleh bawak pegi keje. Kan best. Yelah, mana nak tau orang tu ajar anak aku bukan2 ke. Aku tak sangka buruk, tapi aku memang tak percaya orang. Ni tinggal bulan depan je aku hantar. Pastu bulan 10 mak aku dah pencen. Dah boleh duduk rumah budak kecik tu. Sukanya aku. Ingat2 balik dulu2 belum ada anak, aku ni bukannya excited sangat kalau nampak baby ke, budak kecik ke. Tapi bila dah ada sendiri, sayang sangat nak tinggal. Even sekarang aku tak biasakan cakap dengan anak 'aku, kau'. Kesian dia. Dah bagi nama cantik2, aku gunakan sepenuhnya.

Tuesday, August 5, 2008

DUE DATE?

Memandangkan aku tak sure bila last period aku, results nya masa aku pegi scan kat klinik, due date aku might be earlier than yang dikira-kirakan oleh klinik kerajaan dulu. Based pada Ultrasound, due date aku maybe 12-12-08 (Hari Jumaat tu). Kalau terawal satu hari...kena hari Khamis lagi. Pecah rekod satu family. Semua Khamis. Last week jugak aku confess dengan PA bos aku yang aku actually tengah pregnant. She looks surprised sebab perut aku tak besar mana pun.
*
Actually, masa hari aku confess dengan dia, dia telah membongkarkan satu rahsia, yang aku dah tahu sebenarnya. Dia sebenarnya bini nombor 2 bos aku. (Bini tak register la..). Dari first month aku kat situ, aku dah tahu. Tengok dari gerak geri diaorang, yelah memandangkan aku ni dah kawin...aku tahu la rupa bini orang macamana. Tapi aku tak kisah pun, sebab pompuan tu memang baik dengan aku. Dia pun orangnya baik. Jenis tak kisah. Cina lagipun. Apa nak diherankan. SO, dia tanya aku, nak dia bagitaukan laki dia ke, atau aku nak bagitau sendiri. Takpelah...aku suruh dia bagitau. Nanti masa nak apply maternity leave, baru aku cakap sendiri dengan bos aku. Kalau cakap sekarang, dibuatnya bos aku jawab 'Pregnant? Pregnant la...Kenapa mau cakap sama saya?'. Ha, tak ke malu sendiri.

Saturday, August 2, 2008

PROJEK XXX

Semalam aku & laki aku telah membuat satu projek. Dalam pada tengah borak-borak kosong, terbukak la topik 'Beli Tilam Baru'. Sejak banjir tahun sudah, aku anak beranak cuma tidur kat atas katil yang bila2 masa je boleh roboh, beralaskan tilam sedekah dari bos mak aku. Ala..tu pun tilam budak asrama laki bos mak aku tu la. Kalau tiap kali aku nak tukar cadar, tengokkan tilam yang orang kata pijat2 pun tak mau duduk, sedih plak. Aku laki bini tak kisah la nak tidur atas tu. Tapi Zati...kesian dia. Jadik semalam, tengah duk kat ofis aku survey2 la telepon kedai perabot yang ada kat Kota Tinggi tu. Sekali, jackpot. Ada satu kedai ni...buat ansuran mudah. Kasik I/C je. Pastu, nak kena letak deposit sikit dari harga barang tu.
*
So, balik keje...singgah jap. Apek ngan nyonya kedai, kalau nampak customer, yang pada firasatnya ada chance nak beli barang dia...tersengih2. So, pilih punya pilih...kitaorang amik tilam satu. Tak amik spring la. Amik latex je. Okla tu, under Dunlopillo. Berpatutan la tu. Kena letak deposit 150. Bulan2 bayar 50 je. Adala dalam 9 bulan ikat. Syok gak. Yelah...nak angkat cash tengah takde budget. So, buatla macam makcik2 kat kampung tu. Hutang le...So, aku plan ngan laki aku, kalau ada duit lebih tiap2 bulan, bayarla lebih. Boleh habis cepat. Pastu nak angkat barang lain plak. Hahahahah. So, malam ni, dengan rasminya kitaorang akan tido kat tilam baru. Tapi, nak dimaklumkan bahawa katil telah dirobohkan semalam. Dah reput kena banjir. So, robohkan je. Lagipun, tu hari Zati dah jatuh katil masa tengah syok2 tido malam. So, amatlah membahayakan.