05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Thursday, November 13, 2008

HARI NI HARI KHAMIS

Hari ni hari Khamis. Memangla. Napernya? Takde apa pun. Cuma aku dah 3 bulan tak update blog. Sebabnya, biasala sibuk dengan kerja. Banyak nak di follow-up kan. Sampai nak update blog pun aku takut2. Nanti bos aku marah. Dah penat pasal keje, aku tak nak la citer hal keje kat blog aku ni. Tak menarik langsung. Cuma, hari ni aku muntah2. Ingat lepas muntah, lega macam biasa. Tak pun. Aku tengah mamai2 ni. So, tak mampula aku nak mengadap keje aku. Jadik, aku pun tulis la blog. Nanti bersawang plak. Apakah citer2 yang aku nak update kan kat sini? Sila rujuk di bawah;
1. Harlin Erina telah selamat berlepas ke Mekah bersama Mamanya, serta Tuk & Nenek sedaranya pada 2 Nov tu hari. Bestnya dapat naik Haji. Rezeki dia. Semoga semuanya berjalan dengan sempurna. Boleh ke pulak malam tadi aku termimpi jumpa dengan dia. Last aku jumpa masa bulan raya tu hari. Sajala lawat dia bersama anak & laki aku.
*
2. Aku akan due pada bulan depan. Agak2 dalam 12hb Disember. Tapi, tak taula. Semalam aku pegi check perut aku kat KKIA. Alah, saja je. Sebab semalam aku ambik cuti nak bawak Zati pegi injection dos tambahan. Gaduh lagi aku dengan misi kat situ. Ada je nak carik pasal ngan aku. Asyikla nak cakap aku dah lama tak datang KKIA. Apa yang aku jawab, "Berapa kali saya nak remark dengan korang, yang saya ni pegi check dengan doktor swasta". Pada pendapat korangla. Mana lebih penting? Pegi check kat KKIA dengan misi2 tak guna tu ke, atau pegi swasta check dengan doktor? Mestila doktor, sebab doktor yang tau semua. Pastu ada hati nak cakap dengan aku, yang diaorang tak boleh nak follow up record aku. Nak tengokkan print-out scan dari doktor yang aku selalu pegi tu, pandai pulak nak cakap yang dia tak pandai baca benda alah tu. Eh, aku cakap dengan dia, tu masalah awak, bukan masalah saya. Bodohnya. Pastu, dia cakap aku dah termiss minum air gula (sebab aku ada keturunan kencing manis dari arwah abah aku). Aku cakap, tu pun bukan aku punya pasal. Kenapa masa awal2 aku daftar kad merah tu, tak nak panggil aku terus buat test minum air gula. Aku kata, jangan nak salahkan aku. Tanya misi yang dok check aku tu mula2. Dalam hati aku cakap, patutnya memang aku kena, tapi memandangkan yang check aku awal dulu, kenal aku dengan mak aku, dia cuma tanya masa aku ngandungkan Zati, ada masalah kencing manis tak? Aku cakap takde. So, dia lepaskan aku je. Tiba ni pulak terkena dengan misi selenge.
*
3. Disebabkan semalam Zati injection, hari ni dia demam. Kena inject kat peha. Sakit plak. Dok tunjuk peha dia kat aku & laki aku. So, malam tadi aku tak tido sangat, sebab nak urut kaki dia. Gosok2 pakai minyak, nak bagi dia tido lena.
*
4. Makin takut nak tunggu hari bersalin. Sebab aku tak tau kali ni ok ke tak. Perasan aku baby ni macam over aktif. Tak macam Zati dulu. Ada sekali aku kena cramp kat perut. Rasa macam nak beranak. Aku pegi la check kat doktor. Rupanya, anak aku kecik sikit. Tapi tak sampai tahap membimbangkan. Yang cramp tu, maybe dia lapar, sebab aku tak berapa nak makan sangat. So, doktor bagi aku multi-vitamin + baru la aku nak minum susu Anmum tu. Tapi, beli perisa coklat la. Nak mengelakkan dari muak, aku letak air batu. Rasa macam minum coklat ice plak. Masa aku bagi tau kat laki aku pasal ni, dia punya marah...dari aku keluar klinik tu (Kat Ulu Tiram) sampaila kat Kota Tinggi. Aku diam je. Dia kata, apsal tak nak makan? Sendiri nak makan sedap, abih baby tak nak makan la? Lepas tu apa ntah dia cakap, aku pun dah tak ingat. Salah sendiri, takkan nak menjawab plak.
*
5. Diah akan melangsungkan perkahwinannya pada Sabtu ni. Plan2 nak pegi. Tapi, disebabkan Zati demam, aku nak tengok keadaan dulu. Kalau everything ok, maka akan terpacul la muka aku karang. Last2 kawin gak minah tu. Mesti meriah sekampung masa majlis dia karang. Dengar dia cakap dengan aku, dia tak nak berinai. Apsal plak cik kak ni. Tapi, bersanding nak. Kalau aku dibagi pilihan, aku suka berinai dari bersanding. Dulu aku kawin, adik2 & mak aku yang inaikan. Dokla menonyoh benda alah tu semalaman. Dahla kena buat banyak kali, sebab tak naik warna. Darah aku bukannya merah sangat. Tu yang susah tu. Tapi, beli kat kedai India, dia suruh tambah serbuk teh, nak bagi pekat. Jadik jugak la. Yang aku tak suka bersanding sebab aku dua orang duduk atas kerusi, pastu semua orang tengok kitaorang. Macam mana tu. Jadik patung. Kang dibuatnya aku tengah duduk, ternampak la mana2 orang tengah soh seh soh seh mengata aku. Ha...tu yang aku maleh tu. Tapi, takpe. Turn aku dah lama berlalu. Tu cuma pandangan aku je. Orang lain takpela. Tu dah memang adatnya. Aku je yang lain dari lain.

5 comments:

Ibu Jasmin said...

Hah lama benor mak zati ni bercuti dari ber blog... Eh cepatnyer ko dah nak bersali bulan depan kan? macam baru jer tau yg ko tu pregnant.. ahaks

Diah said...

anem,
hehehe kau miss time awal ngandung ahhh. hmmm atas pujukan dan desakan imah marjono, herda balqis, yan dan sepupu sepapat aku, yelah aku inai

A.L.O.N.G said...

anem,
tula.aku pun rasa mcm baru je tau yg aku ngandung.

diah,
akhirnya berinai jugak kawan aku ni

intanz said...

ahahahahah... lama tak dengo citer ibu zati nih..

Zunaidi said...

Eh Kak Harlin.. Ni zunaidi.. Kenal satu ketika dulu..