05-06-03 is my FIRST DATE
17-06-06 is my WEDDING DATE
05-04-07 is ZATI's BIRTHDAY
17-12-08 is MIMI's BIRTHDAY

Wednesday, January 21, 2009

SAMBUNGAN SEMALAM

Ni sambungan post semalam. First of all, alhamdulillah sebab aku selamat melahirkan puteri kedua aku yang diberi nama NUR ALIAH AMANI pada 17 Disember 2008 pada pukul 12.15 tengahari. Nak dijadikan cerita, aku dah start cuti pada 15 Disember. Malas nak kerja. Kebetulan aku dah overdue. Sepatutnya aku bersalin pada 12 Disember. Tapi tak keluar jugak. 16 hb aku pegi klinik kerajaan untuk check up. Yang aku hangin, dia tak endahkan aku dah overdue. Apa yang doktor bagitau cuma kalau aku tak beranak by 21st, dia suruh aku masud wad. Masuk wad pun bukan 21st, sebab dikhabarnya jatuh pada hari Ahad. Then, suruh aku masuk esoknya. Kepala hotak dia. Yang aku tak suka, doktor tu lebih pentingkan kes aku yang tak buat ujian minum air gula, sebab history arwah bapak aku ada kencing manis. Padahal aku dah test kat swasta, memang tahap gula aku normal. Seboleh2 doktor tu suruh aku pegi jugak test on 17th. Lepas check up, aku citer kat husband aku. Disebabkan kite tak puas hati, kitaorg pegi pulak ke klinik swasta yang aku biasa check up. Doktor tu kata, bahaya kalau overdue. Takut anak lemas. Pastu aku ada cakap, baby dah kurang gerak. Lagi bahaya. So, dia sarankan kat aku suruh pegi hospital, bagitau baby dah kurang gerak. Nanti aku terus admit ke wad. Tapi, last doktor cakap, tu depends pada instinct aku. Sebab, ibu aje yang dapat rasa bila baby tu sebenarnya nak keluar. Lagipun aku belum rasa sakit lagi. So, aku decide nak tangguh dulu sampai esoknya 17 hb.
Malam 16hb aku prepare air akar Siti Fatimah untuk buat mandi malam tu. Lepas tu aku berkemas apa2 yang patut. (Aku pun tak tau naper aku buat camtu). Then, 17hb pagi kul 8 pagi aku bangun. Aku rasa sakit nak berak. Lain macam sikit. Aku bagitau mak dengan husband aku yang aku nak pegi hospital. Siap gitu gini, 9.30 aku terus pegi. Makin kuat sakit. Check rupanya dah bukak 5 cm. Terus masuk labour room. Husband aku tunggu kat hospital, sebab dia nak masuk. Izzati dulu tak dapat tengok sebab dia takde. Pukul 11.30 pagi, aku dah sakit kuat. Dah bukak cm. Nurse tanya aku sakit nak berak ke. Aku cakap ya. Nurse pun pecahkan air, panggil husband aku masuk. Mula la projek nak beranak. Husband aku tampung badan aku, biar senang nak teran. Teran punya teran, aku tetiba rasa gelabah. Nurse stopkan aku, sebab badan aku dah senget benget, takut terkoyak. So, betulkan posisi semula, teran sekali, terus keluar. Dah settle, ingatkan nak jahit. Aku tanya nurse, dia check kan, takde apa2, so tak payah jahit. Alhamdulillah. Berat Amani 3.3 kg.
Pastu masa umur amani 3 hari dia kena kuning. Dah kena berulang hospital untuk check darah. Tapi kuning tak tinggi, so takyah masuk wad. So, dalam 2 minggu berulang. Sampai tahap kuning 8.9, hospital cakap takyah datang lagi. Cuma nak kena kerap minum susu. Pulak tu, Amani kulit dia putih kuning. So, kuning sikit je dah nampak. Walau apa pun, aku bersyukur Amani dah sihat.
Apa cerita Zati? Meligat la dia. Dapat adik. Dengan dia buat perangai, nak mintak perhatian. Sikit2 melalak. Tu yang aku kesian. Pulak tu aku selalu dukung dia dulu. Dah masa dalam pantang, asyik mintak dukung je. Abih aku nak buat camana. Dalam hari ke 25 lebih kurang, aku dah start mandikan dua2 anak aku. Minggu lepas aku nekad nak dukung jugak Zati. Mak aku marah. Yelah, takut tumpah darah. Dalam hati aku tawakal je. Aku bukan angkat apa pun. Anak aku sendiri. So, takde apa2. Kebetulan aku tak berjahit. So, takdela sakit sangat badan aku. Aku pulak malas nak berbengkung apa jadah semua. Ni dah naik kerja, ingat nak carik Pati Halia. Nak kuruskan badanla, apa lagi. Perut naik sikit. Lagipun dah beranak dua ni, makin kembang. Okay, dah habis citer. Aku nak pegi lunch.

1 comments:

zahidah seran said...

wah ko ni along....
sungguh brutal angkat zati dlm pantang....
hahaha, aku masa dlm pantang pun selalu mengelat jugak tapi lelama tak tahan telinga ikutle kata mak dan nenek....